- See more at: http://www.kertasmerah.my/2012/07/panduan-asas-seo-meta-tag.html#sthash.YveKx12V.dpuf December 2015 | Hutan Kabut

Idol!

Facebook HK

Wednesday, December 30, 2015

Cara cara isi borang nikah online 2015 : Perak & Johor

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, December 30, 2015 40 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Assalamualaikum :)

Hai guys. Kali ni nak share sikit cara-cara isi borang nikah bagi kome2 yang nak menikah tu... bukan lagi borang nikah yang ini ye.

*Sebelum tu nak remind you guys, sekiranya ada sebarang soalan yang tak clear tentang proses2 ni, MOHON TANYA PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH(PAID) MASING2. sebab yang aku update ni hanya rujukan sementara, atau lebih kepada nak bagi idea pada you guys dalam proses setelkan borang nikah ni. proses mungkin berbeza2 setiap pejabat agama. so, jangan jadikan entri ini rujukan utama, rujukan sampingan takpe*

Ada sesiapa bakal pengantin lelaki dari JOHOR dan bakal pengantin perempuan dari PERAK? so boleh lah ikut cara-cara yang aku bakal share. maaf jika ada kekurangan ya. entri ini masih sah sehingga saat aku menulisnya :)

Aku taktau kalau korang macam aku jugak ke apa, tapi aku memang kelam kabut gila pasal persiapan borang-borang nikah ni semua. al maklumlah tak pernah kawen *dah kenapa* kalau korang pun gelabah macam aku, kita geng wei, kita geng, serius.

kalau mak korang gelabah2 suruh mintak borang kat pejabat kadi, boleh bagitau sekarang zaman dah berubah. pakai online je. cuma yg aku rasa pening sikit sebab sistem tak selaras. ada negeri yang ada on9, ada yang tak de. ade yang ade interview, ada yang takde. Jadi be prepare lah.

1 : Pergi kursus kahwin.

Tak kisah la korang pernah pergi kursus masa 1st year dekat U pastu dah 25 baru nak kawen, sijil itu masih laku ye. tapi untuk sekali je. kalau kawen kali ke 2 dan seterusnya dengar2 kena pergi kursus lain. Aku dan wan pergi bulan August 2015, sama-sama di Kursus Pra-Perkahwinan TTDI.
Setakat ni review nya adalah terbaik. officemate aku pun pergi sini, dia yang suggest. Ramai jugak retis yang pergi, bayaran sama macam kursus kahwin lain, RM120 siap makan tengahari. Kalau pergi kursus elok pergi bersama pasangan, supaya sama-sama faham apa yang disampaikan.

dapatkan sijil kursus kahwin anda untuk berkahwin :)


2 : Isi Borang Nikah Online
Ini part yang mengelirukan. Macam was-was..bila nak isi wei? ada yang kata sebulan..ada kata 3 bulan..ada kata 2 minggu. weii mana satu?

Aku isi 3 bulan before. majlis hujung januari,aku isi pertengahan November. supaya tak kelam kabut

Perakhttp://sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
halaman SPPIM. pilih yg options Benar Nikah Online tu..

"Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat."

Johor : http://encr.johor.gov.my/
Klik utk pendaftaran baru
Korang isi borang2 tu semua. dan print. Dalam tu ada terselit sekali BORANG TEST HIV! dan terdapat checklist apa dokumen2 yang perlu korang sediakan. mudah kan?

*dekat SPPIM ada tulis kedua2 pengantin kena hadir ke pejabat agama daerah masing2 dalam tempoh 14 hari .yang tu bertujuan utk korang tidak melengah2kan proses borang,last minit dan sbg nya. kalau lebih sikit pon tak apa, tapi lebih baik setelkan secepatnya tak payah pening2 kepala*

3 : Pergi test HIV

Bawa borang yang ada terselit masa diprint online tadi tu bersama masa pergi test HIV di klinik-klinik kerajaan yang ada perkhidmatan ini. klinik swasta tak boleh ok.

Aku pergi ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya, yang mana aku pergi pada hari Jumaat.
Sekarang ni dah ada test HIV, talassaemia, pre-pregnancy, darah tinggi, kencing manis, breast cancer dan sesi konsultansi semua. Siap doctor tanya bila nak ada baby.

Soalan tu buat aku gelak macam orang gila dan doc tu siap bersimpati pada aku sebab ingatkan aku kena kawen paksa. *hanya sebab aku tak rancang bila nak ada anak*. tapi doc tu sangat baik. aku buat kelakar pun dia taktau beza. T.T

Wan pulak pergi ke klinik kesihatan bukit gambir, dan dia hanya amik darah dan LULUS dengan cepat. Aku je banyak drama, tapi drama yang bagus.

Untuk pengetahuan, result ini valid dalam tempoh 6 bulan sahaja okay.

4 : Isi form (dari yg print online) yang masih kosong

Kedua2 korang, cek balik form2 yang dah diprint sebelum tu. ada yang kena ditandatangan wali,saksi, kadi daerah. cek balik.

5 : Lengkapkan dokumen2 penting. Hadir ke pejabat agama daerah masing2 untuk double check sekiranya ada borang2 lain yang perlu diambil by hand.

Gunakan checklist yang ada diprint bersama masa isi borang online masa mula2 tadi. ini contoh :

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH
DOKUMEN WAJIB
1. Kad Pengenalan/Pasport Pemohon dan pasangan (Asal dan 1 salinan)
2. Sijil kelahiran (Jika tiada kad pengenalan) (Asal dan 1 salinan)
3. Surat Pengesahan bujang dari majikan, ketua kampung atau imam (Asal)
4. Pengesahan Ujian Saringan HIV dari Klinik Kesihatan Kerajaan (Asal)
5. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (Asal dan 1 salinan)
6. Kad Pengenalan wali (Bagi pemohon perempuan) (1 salinan)
7. Sijil Kelahiran wali (Saudara lelaki yang pertama bagi pemohon perempuan) (1 salinan)
8. Surat perakuan nikah atau surat perakuan cerai ibu/bapa (Bagi pemohon perempuan) (1
salinan)

6 : Lelaki hantar borang ke pejabat agama daerah sendiri.

Prepare minda.

Yang lelaki pergi dulu ke pejabat agama daerah, bawa semua borang dan dokumen yang diperlukan. Ini adalah untuk tujuan meluluskan permohonan nikah.
Dekat johor ada temuduga, kalau tak dapat jawab dengar2 nya dia suruh balik. Berpakaianlah dengan kemas dan sopan ke temuduga tersebut. Jangan cuak sangat, sebab soalan nya adalah benda yang korang biasa buat. InshaAllah.

Nah aku bagi panduan sikit : http://bakal-pengantin.blogspot.my/2012/11/jawapan-untuk-soalan-temuduga.html

Sebolehnya study lebih dari itu okay.

Dah lulus, pas semua borang yang dah diluluskan oleh pejabat agama tadi, dekat bakal pengantin perempuan.

7 : Perempuan hantar borang ke pejabat agama daerah sendiri.

Bawa borang & dokumen korang yang dah lengkap + borang & dokumen yang dah lulus dari pihak lelaki. Kalau ada part yang tak lengkap dan tak faham, tak apa. Pergi je bawak semua tu ke pejabat agama, mereka akan cek kan. Kemudian mereka bantu susun dan bagitau apa yang tak lengkap.

Datang kali kedua boleh wakil contohnya ibu bapa atau adik beradik. Macam aku, tak kerja di perak, jadi mak abah aku akan hantarkan borang yang lengkap. Dah lengkap nanti hantar semula.
InshaAllah kalau dah lengkap, mereka luluskan.

8 : Hantar semua borang & dokumen yang dah lulus pada tok kadi daerah yang korang nak kawen tu.
Menjelang tarikh nikah, ingatkan balik tok kadi korang punya tarikh. Kadang2 banyak sangat yang nak nikah, takut dia lupa ke apa kan..

okay.
Selamat berumahtangga semua!

rujukan borang:
checklist dari e-NCR (johor)

checklist dari SPPIM (perak)
Borang2 SPPIM :


borang test HIV dari SPPIM 

borang test HIV yang akan diberikan di klinik





borang pemastautinan


surat akuan bujang yang dikeluarkan oleh company aku :)

Borang2 dari e-NCR :






borang test HIV dari klinik kesihatan di johor



Thursday, December 10, 2015

dugaan

THE TYPEWRITER : idati on Thursday, December 10, 2015 2 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
lagi nak dekat lagi banyak dugaan.

doakanlah moga dipermudahkan.

aaminn. T.T