Do you like my blog?

Saturday, April 16, 2016

Raikan Cinta : Ridwan Sarudin & Idati Malek (Part 1)

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, April 16, 2016
Assalamualaikum readers of Hutan Kabut!

Alhamdulillah, preparations plus minus 6 bulan dari tempoh bertunang (6 June 2015) yang lepas, aku sekarang telah bergelar isteri kepada Mohamad Ridwan. tarikh ni bersempena dengan tarikh kami kenal.

Oh ye, aku ada bagitau tak aku bertunang bulan 6 tahun lepas? Rasanya macam kurang, sebab dalam islam bertunang tak perlu diheboh-hebohkan. tapi memandangkan dah kawen, boleh la aku share aku tunang bulan 6 tahun lepas.





that's me. yeah, the backdrop is prepared by me also. ;p

well, aku nak share sikit lah, dugaan dalam tempoh bertunang tu memang betul. walau pun pada mula nya, ala orang nak acah-acah je tu, tapi haa amekkaw. So take it seriously, dan dengan kesabaran serta iman di dada.

Sekarang pergi mana-mana pun penuh kenduri kahwin, kadang-kadang siap terlepas kenduri membe, tapi haruslah jangan terlepas kenduri sendiri ye. nangis 'member' kat pelamin sorang-sorang.hehe

Aku nak cerita sikit, macam mana kisah aku dan Wan. Kami kenal dah lama, tanggal 6 June 2007 (macam aku cakap tadi). Masa tu kem kecemerlangan SPM Titian Gemilang III kat UM 2007. *pergh sekolah menengah dah menggatal*. tapi masa tu baru berkenal-kenal, baru saling mengenali hati budi. *ewah kau*
gambar zaman dulu2. haha.. sungguh BBNU

then macam dah setahun berkawan, hati ini dah confirm mengatakan "Yeahh !!!". apekebenda nye yang Yeah entah la. hahaha. means, it's a yes. Kenapa aku suka dia, bagaimana, biar kami dan Dia je yang tau. tapi yang pasti, we are more than just a couple - in fact, we are like best buddy. Sama-sama minat pasal motor, walaupun aku tak power term2 motor sangat. Bila pergi motogp every year, memang boleh lepak dekat tower layan corner lama-lama, sebab masa tu lah nak nampak rossi, marquez nya. Kalau rasa bosan hujung minggu, terus ride pergi PD tengok sunset dan pergi pasar malam PD hari sabtu. ride bukan pakai superbike, pakai lagenda. superbike coming soon. hehe. Ada movie baru especially kartun, cepat-cepat gi tengok. Banyak sangat perkara yang aku rasakan we complement each other.

So yes, we've been friends since 2007, in relationship since 2008, engaged on 2015 and get married on 2016. Nampak tak timeline dia. Kenapa sekarang baru kahwin? Bukan sebab duit.kalau nak kira duit, tak jugak. Ianya sebab jodoh. Jodohnya datang pada umur 26. Jadi, tak kira korang kenal lama atau kenal sehari dua, kalau katanya jodoh, bertemu jua. InshaAllah.

Ceritera majlis sebelah perempuan di Gopeng, Perak:
Rombongan pihak pengantin lelaki dari Johor sampai ke Gopeng pada petang sabtu, 30 Jan 2016. dorang semua stay dekat homestay dalam kampung. Aku start bermekap pukul 7.30 pagi sebab nak akad pukul 9 pagi. hihihi. akad dekat masjid.

ada orang tanya aku, tak nervous ke. mula2 rasa macam 'ah takde hal lahh..bukan aku yg angkat akad..wakaka". tapi 2 hari lagi nak akad, macamm....indescribable la. but again, please be cool!

Alhamdulillah pada pagi 31 Januari 2016, aku dan Wan telah selamat diijabqabulkan di Masjid Jamek Lama, Gopeng oleh abah aku. Segalanya cepat, aku pun tak sedar bila aku jadi bini orang. Tau2 dah eh, dah ke? sebab mic takde. Dan aku pun tak plan nak buat drama air mata, walaupun orang kata automatik. Rasanya adik beradik aku semua pun tak buat drama, kecuali anyah yang prepare tisu, tapi guna lap peluh je lah.wakaka. syah si pengapit aku susah2 je sediakan tisu.



i'll be taller soon.hik2. adik beradik wan 4 orang lelaki. adik beradik aku 4 orang perempuan. 
kena sekolah dengan kadi.

right after the solemnization



ni famili2 yang dapat hadir

dalam masjid takkan nak pakai heels ..hik2.
Kalau dalam famili aku, majlis akad kalau kat masjid memang susah semua nak attend. *trust me I have 3 married sisters, and lagi kelakar susah gila nak dapat tangkap gambar kami semua sekeluarga baik masa raya, baik kenduri adik beradik, baik gi jalan..sorang ada, sorang hilang, yang ni dah ada, yg orang tu pulak ke mana entah.and the most miserable thing is I'm not in the frame cause i'm the photographer..hahahah*
Sebab masing2 busy siapkan anak la, kemas rumah cam tongkang pecah la. hahaha. ada orang tanya mana family aku, let me answer - they are busy handling preparation dekat dewan dan rumah. you think this event is a joke? we are a small family by the way, bukannya ada banyak duit nak hire wedding planner. semua kena buat sendiri. so there might be times that all your family members want to be presence, but they just can't. janji ada wakil famili aku yang datang, cousin2 dan kawan2 ku yang ramai. that's enough.

dengan farah si pembenci cicak



Majlis sebelah perempuan, diadakan kat Dewan Bandaran Gopeng, Perak pada hari yang sama jugak. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Mohon kalau ada kekurangan dalam penyediaan kami untuk tetamu, mohon maaf ye. Harapnya tetamu makan dengan cukup dan pulang dengan hati yang gembira. tapi aku sangat2 lah gembira sebab ramai kawan2 yang datang sob sob sob. aku happy sangat. pastu ramai yang offer diri tolong itu ini. aku sangat2 lah terharu. yang bagi hadiah lagi dari sekecil2 benda sampai sebesar2 benda dan doa2...yang tolong aku handle majlis, yang tolong bagi mental support when thing's going wrong last minutes and so on. aku sangat lah berterima kasih. syukur ya Allah.


aku tak tau ape kena dua org pengapit ni...buat muke sarkastik plak.hahaha




kawan2 avery Wan.

UKM-ers.part of.

somehow the kid on the right remind me of fatboys twin in Alice in Wonderland.. so cute >.<


the guys in the extended family of Wan. part of.




our parents.

introducing our official photographer, Bro Saiful...bukan saiful nang tau..hihihi

dah peluh2..dah basah2 main air.hahahah

Persiapan kenduri aku buat sikit-sikit. dari segi doorgift, hantaran, semua sikit2. so takde lah rasa gedebuk kat muka tiba-tiba nak duit banyak kan. semua nya dirancang, dan disebabkan aku anak bongsu (tak ada adik nak dipergunakan), aku kenalah mempergunakan diri sendiri dan anak-anak saudara. *nasib baik ada anak saudara*.

sharing others pictures :















with aein.


with paghah...hahaha

with the buniansss...




wawa dan tunang :)

fara & amin :)
more pic from official photographer. will share soon....

Ceritera majlis sebelah lelaki di Bukit Gambir, Johor.
Majlis sebelah lelaki pula diadakan selang seminggu dari perempuan. iaitu pada 9 Feb 2016 hari selasa. masa tu cuti raya cina. Majlis belah lelaki buat rewang. FYI, belah famili aku memang dah lama tak berewang, so aku quite blur-blur ayam part rewang ni. hahaha. serious, tak tau apa jobscope. sebab tipikal aku di majlis saudara-mara adalah menjadi photographer. jadi bila sampai part rewang, agak disaster, tapi aku bekerja keras apa.hahahambar.

pakai inai

Pelamin kat belah johor ni DIY je. Thanks to Along Sobri, Erwan dan Megat yang tolong buatkan pelamin ni. siap pergi beli kain kat Tangkak tauuuu...
Erwan jugak yang tolong kami merahkan balik inai. ye lah, dah seminggu majlis dari belah perempuan, inai pun dah start nak pudar, topup lah balik. pakai inai instant je.
kambing golek bak hanggg..



pengapit kenduri belah johor ni panggil diba plakk..hahahaha

by the way, aku yang mekapkan dibaaa...uhuhuhu

tu diaa..muncungg merah...wakakaka



my family being parkinson...hahaha

thanks mar si semot...datang jugak kauu...hahahha







and FYI, their family is the biggest fans of JDT. here's the proof.

the official families clothing,
so light...hahaha


and even the bridge to the home..
told ya'...

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Selepas tamat majlis ni..baru lah rasa legaaa gila..wow. Next we are going for honeymoon - at Lombok, Indonesia.


Untuk reference pasal kerja kahwin, boleh check my next entry soon. dah taip tapi belum sempat attached gambar. this whole kerja kahwin takes time - A LOT. nak attached pun lama gilaa..

Akhir kata, sambut lah salam dari kami. Doakanlah kebahagiaan rumah tangga kami hingga ke Jannah hendaknya. aaminn.















3 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Tahniah HK yea. Meriah betul majlisnya. ;-)

Jobdirumah Buat Duit said... [Reply]

Bila cerita pasai kerja kawin ni memang sibuk. Dari A-Z nak kena fikir.
Dah setal mesti lega yang amat rasakan.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Semoga kekal bahagia. Jadi pasangan suami isteri yang di Rahmati Allah SWT. Amin.

OhPanduan said... [Reply]

Sedap kambing golek tu. Tahniah buat HK dan pasangan.
Meriah majlisnya.