Do you like my blog?

Tuesday, April 19, 2016

Raikan Cinta : Ridwan Sarudin & Idati Malek (Part 2)

THE TYPEWRITER : idati on Tuesday, April 19, 2016
Hai, seperti entri yang lepas, aku ada cakap nak update pasal persiapan kan?

Kat sini aku just nak sharing how much 'damage' untuk preparation kawan2 semua bila nak majlis nanti. ni parts yang aku tanggung lah yang aku bagitau. jangan nak label riak apa bagai, sebab sekarang ramai orang macam aku, jenis Google nak survey semua benda.
aku cuba jugak buat sebajet mungkin, tapi kadang2 ada benda yang out of control. tambah pulak harga barang nowadays memang naik gila2 kan. padahal kita pergi kenduri tu kita tengok biasa2 je, padahal pengantin dan famili bersengkang mata dan duit nak menjayakan semuanya - walaupun just a simple wedding di mata anda-anda semua. you guys should know that. but what's important, mereka ikhlas menjemput anda.
By SaifullahBakri Photography
Jadi, bila orang jemput kenduri kahwin tu, penuhilah jemputannya. bukan senang tau weh nak buat kenduri ikut adat melayu ni.*nanti ada lah keyboard warrior yang akan sekolahkan aku 'sapa suruh ikut adat', 'buat sederhana jelah, kenapa nak melebih' dan sebagainya.
aku ni dah tolong 3 kenduri kakak atas aku, kenduri cousin sikit2. pastu kenduri sendiri lagi lah pulak kan.jadi aku tau lah. yang tak pernah handle kerja kahwin pada masa sekarang ni, pergi kahwin dulu, then we do the talking. yang dah kawen lama, NO, sekarang zaman dah tak sama. walaupun kita sama2 akhir zaman. gitu.

pasal jemputan, hukumnya kan wajib bila dah dijemput datang kenduri ni. tapi kalau tak dapat datang bagitau je, dan doakanlah kebaikan untuk majlis dan kehidupan pengantin tersebut. mudah-mudahan dipermudahkan semuanya.
btw, hope you guys find this entry beneficial for - in good terms of course.

Wedding Planner :
ehh...kelas sangat wedding aku kan. siap wedding planner bagai. hahaha..of course. wedding planner adalah aku, dan aku sendiri. dan yang paling penting, korang boleh download wedding planner apps dekat Google Playstore. ada banyakkk.just pick one. memudahkan kerja korang.
senang nak tau apa yang dah bayar, apa yang dah siap, apa yang belum. dan paling penting countdown tarikh korang bakal diijabkabul tersebut. barulah korang boleh ejas masa tu. sambil-sambil nervous gitu. eh eh eh ewah!
aku pakai yang ni. bawah tu ada countdown *aku baru screenshot tadi, tu yang jadi -ve 77. aku dah kawen 77 hari*
Lepas dari majlis tunang, aku ada 6 bulan prepation. actually macam singkat jugak masa. first of all, aku expect nak majlis kahwin the next June or July 2016. lepas tu Wan bagitau family dia nak buat kenduri masa Raya Cina. aku pun tanpa berfikir panjang pun 'okay' and then - WHAT?
eh...kalau dah rumah dia raya cina, mestilah nak kena nikah lagi awal kat belah perempuan. OH NO! masa itu baru lah aku sedar yang masa bujang aku untuk berjimba2 tidak lama *obviously suka berjimba*, but hey, surprisingly dah kawen lagi senang berjimba. trust me! masih boleh hangout dengan kawan-kawan, lepak minum kopi, as long as you keep your husband informed. macam tu jugak sebaliknya okey.

oh yeah.another advice dari lecturer OT aku, Puan Siti Arbi Kamso. masa aku 1st year di UKM, dalam salah satu lecture dia cakap, "never quit your job when you are married. even your husband kaya macam mana pun banyak duit boleh tanggung u, don't ever quit. you must continue what you know. develop yourself. meet people. jangan nak berangan sangat jadi surirumah. what if something happen to your husband? dan u tak kerja. apa pun u tak tau buat. sape nak tolong u lepas tu?".
Puan Siti is on the left, with me, at UKM Convocation Day
that one being delivered in a really firm tone by Puan Siti. I clearly remember that. it's not because we are expecting something not nice happens to our life *mintak dijauhkan*, tapi we humans, must be prepared.

eh balik pada topic planning wedding, jangan kelam kabut. jangan stress. badan kena relax. lepas tu sangat banyak orang akan nak masuk campur hal-hal nikah kahwin korang - ambil yang penting je, the rest is history. buat senarai apa perlu buat dan sebagainya. paling penting, makan supplement / vitamin untuk make sure korang sihat dan bertenaga. dan berdiet lah. dan exercise.

Dana :
Kumpul sikit-sikit, gaji every month jangan spend dengan perkara yang tak perlu. tetapkan berapa percent gaji every month yang kena simpan for the wedding. let say 25% kena simpan. so kata kalau  gaji RM 2000, kena lah simpan RM 500.

Paling paling paling penting, jangan ambil loan untuk kahwin. sebab nanti lagi sakit lepas kahwin, SERIOUSLY, kau nak bayar itu ini.
Dengar-dengar sekarang dah ada company yang buat loan untuk so-called-dream-wedding. Don't ever take that. sebab before majlis memang lah kita teringin nak itu ini - nak terbang dari langit lah, naik porsche 6 tayar la, nak kek 30 tingkat la - sampai sanggup nak berhutang : WHAT!
obviously target dia orang Melayu kan?
tapi percayalah lepas majlis kau tak nak dengar dah hutang-hutang before majlis tu (exclude PTPTN please). sebab badan kau dah penat, nak relax. nak mula new life. nak pergi honeymoon. nak kemas rumah baru. nak start kerja balik. faham? jadi buat ikut kemampuan, JANGAN AMBIL LOAN. kalau desperado sangat, pinjam dengan famili dan make sure bayar balik. jangan sampai dorang yang mintak dengan kau. tak boleh bayar one shot, bayar bulan-bulan lepas gaji. AGAIN, JANGAN AMBIL LOAN. berapa kali tu aku cakap?

Catering by Restoran Mohd Rafi:
Sponsor oleh parents aku. Dorang ambil dari Restoran Mohd Rafi, Gopeng, Perak. Kawan2 yang datang ramai cakap makanan sedap. tapi aku tak sempat merasa pelbagai juadah dengan tenang. pengantin mana makan banyak bro. hahahaha. terima kasih mak dan abah.

KOS : RM 9 or RM 10 per head.
ni kedai dorang..tapi dorang biasa buat catering

Design Kad Kahwin by Faez Ismael :
Macam kenduri kakak dan cousin aku, aku yang telah mendesign sendiri kad kahwin tau.*eh acah2 designer pulak* tapi untuk wedding sendiri, tak sempat buat apa. jadi Faez yang berbaik hati telah mendesign kad kahwin ekslusif untuk aku & wan - lalu terus dianggap sebagai hadiah kawin. Jika korang seorang designer dan bijak, design lah kad kawen kawan anda sebagai hadiah, sangat meaningful dan menjimatkan duit korang. gittew.hahaha. Thank u very much faez.

Printing kad kahwin by Printing Terlajak Murah.
Lokasi : kajang, selangor
No fon : 011-2583 9305 (yaya)
Nama dengan harga memang berbaloi. sangat-sangat puas hati. kualiti printing dan kertas nya sangat bagus. pastu Yaya owner printing ni sangat baik hati sebab aku ni banyak songeh itu ini nak tukar. dia bersabar je. so 2000 kad, 2 bunting free hanya RM 650. kad lipat tau bukan sekeping.dalam rm0.35 sekeping. full colour.

KOS : RM 650

Balang doorgift by....
Lokasi : Kota damansara

Serious yang ni aku lupa nama seller dia. aku pun tak ingat apa aku save namanya. tapi balang kaca kat kedai dia banyak yang murah berbanding dengan seller lain. dekat Nilai3, balang ni harga
RM 1.70, pada dia RM 0.90 je..hahahahah..aku beli 1150 balang.

KOS : RM 1035

Fridge Magnet by Lovelishmomentgallery
Ig : Lovelishmomentgallery
No fon : 014 - 231 6096 (Puan Mimi)

Yang ni limited doorgift. dia ada zikir atas tu. aku suka sebab dia nampak comel. plus kau boleh buat pahala bila orang baca. hahaha.
hanya pilih design dan dorang buatkan dan pos pada kau. mudah kan?

KOS : RM 183 untuk 200 pcs (inc postage)

Persalinan baju akad nikah :
Baju akad kami bertemakan cream. oh cliche kan, tapi apedehal, baru nampak suci. Kami beli kain pasang je, kat Nilai 3. Kain dia memang best. siap dengan lace sekali dia bagi. oleh itu kau tak perlu ke indon bagai membeli lace, waze kan aje ke Nilai 3. jangan waze ke indon plak.

KOS KAIN PASANG : RM 250

Persalinan Akad Pengantin Lelaki

Baju Melayu : Wan bawak balik kg dia dan mak dia upah tailor jahit baju melayu cekak musang. Tak tanya berapa ringgit.
KOS : unknown.

Samping & songkok : Beli dekat Jalan TAR; Tak perlu bazir beli samping bunga tabur yang tengah trending sekarang dengan harga RM 400, kecuali kau boleh mati kalau tak pakai samping tu.
KOS : RM 80.

Butang baju melayu : Kirim pada member yang kerja dekat sabah, jadi dapatlah butang baju melayu dengan mutiara asli dari sabah di atasnya.
KOS : ~ RM50.

Persalinan Akad Pengantin Perempuan 

Baju - design aku google je yang mana agak-agak memberikan effect kurus gojes gittew kepadaku. Sebelum tu kenali dulu badan anda berbentuk apa - hourglass, pear-shaped, strawberry-shaped, ruler, etc. Lepas tu tengok pattern macam mana yang boleh membuatkan korang langsing. contohnya, bagi orang pear-shaped, sesuai pakai design peplum.

Jangan ingat semua orang sesuai pakai design duyung yang tengah trending. Itu bahaya! buat research. Kalau baju ada garisan, garisan menegak bagi effect kurus, melintang bagi effect gemuk.
Selepas aku dapatkan design yang aku nak, aku print out dan pergi ke kedai jahit, dengan membawa kain dan kertas design tadi.

Baju akad nikah perempuan oleh Kak Normah :
Lokasi : Medan Purnama, Gopeng, Perak. (bersebelahan dengan Prime Silver Metrology Enterprise Sdn Bhd).
No fon : 017-534 9808

Upah jahit adalah bergantung kepada design dan kewangan semasa. macam kakak aku dulu kahwin tahun 2012 ke 2011, upahnya RM70. **
KOS RM 100
yg kiri tu adalah inspired by...tengah dan kanan adalah hasil.

Veil & tudung oleh Faz -  MagicHijab,
Lokasi : online (instagram : Magic_hijab)
No fon : 017-341 0847
testing baju ngan tudung jeee


detailing

Faz ni adalah kawan aku, jadi dia buat veil & tudung khas untuk aku. aku ni tak suka pakai shawl sebab nanti muka aku lebih bulat dari pau Yik Mun, jadi dia buatkan tudung bawal. Jahitan kemas, menepati citarasa dan mudah dipakai.sekaligus mendapat pujian ramai**
KOS : RM 250

Make-up akad nikah by Melzuera
Lokasi : online (instagram : Melzuera) - sekitar Gopeng,Ipoh, Perak
No fon : 018 - 788 8709

Pemilik Melzuera ni aku panggil Kak Ju'a. dah kenal sejak kecil lagi. memang dah lama buat bisnes make-up ni. Masa kakak aku Nana si Iguana kawin, ambil make-up dengan Kak Ju'a jugak. Hasil kerja nya wajiblah sangat PRO dan begitu soft pada pandangan mata kasar dan juga lensa kamera. Memang cantik sampai rasa taknak buang make-up. Even kawan aku tak move on dengan kecantikan make up tersebut walaupun dah beberapa minggu majlis berlalu. Sampai begitu sekali lah kan. Yang paling penting, berseri muka aku ni yang selalu kerut-kerut.

KOS : RM 200
tadaaa...cantik kan mekap aku...thanks to MUA kak Ju'a.

Kasut Kahwin oleh Kedai Shoesbar.
Lokasi : Berjaya TimeSquare, KL.

Design kasut ni memang banyak dijual online dengan harga yang jauh lebih murah. Tapi untuk kasut setinggi ini, aku harus mencubanya untuk tahu kestabilan. Biarlah aku bayar lebih asalkan aku tau aku stabil untuk berjalan, dari aku beli online tapi tak muat, tak selesa dan sebagainya.
KOS : RM 180

Pakej pelamin by Mai Gallery Design
Lokasi : Bandar Botani, Ipoh
No fon : 012 - 591 3071

Pakej pelamin aku dah booking before raya, sebab masa tu wedding gallery yang aku suka ni tengah buat promo. Sebelum ni pernah ambil buaian berendoi untuk anak kakak aku dengan MaiGallery, memang puas hati sesangat. Hasil kerja dia hebat dan kemas. Jadi, untuk pelamin, *buat masa ini*, Mai buatkan ikut design pelamin impian korang. *tak la sebijik, tapi inspired by*. jadi aku dengan senang hati mengGoogle pelbagai pelamin yang disukai sampai rambang mata dan hantarnya kepada Mai. Hasilnya begitu hebat sekali, sebab ia kena dengan taste aku. Lepas tu apa yang aku suka sangat dengan butik ni, sebab ownernya tak lain tak bukan, Mai, tersangatlah baik dan bersabar melayan kerenah aku yang macam-macam. Tenang je dia, senyum dan ramah.

Apa yang ada dalam pakej :-
1. Pelamin dewan

`2. Photobooth

3. Walkway
4. Entrance
5. Make-up majlis 1x (by MUA - ig : qiladahibrahim, FB : Qiladah Safiyyah Ibrahim, 019-5715530)

baju aku ambil tempat lain sebab aku dah berkenan dengan baju kat butik lain. Tapi sebenarnya baju dekat Mai cantik-cantik. siapa kata bila korang nak ambil pakej, kena semua kat tempat yang sama. Tak jugak. Lepas tu Mai bagi aku 1 fresh flower untuk handbouquet.freee..hihi.best kan?

Kos : RM 2500

Baju Sanding Lelaki & Perempuan (dua2 pihak) by D'sha Bridal.
Lokasi : Station 18, Ipoh
No fon : 012 - 506 4930

Pemilik bridal ni adalah Sha. Dia ni kawan kak yong aku, tapi dah lama lah tak jumpa. Masa kakak aku kahwin tahun 2003, (aku umur 13 tahun woi masa tu) semua pakej ambil dengan dia lah. Tapi masa tu, D'sha Bridal baru beroperasi, so takde kedai lagi. Sekarang dah ada kedai, nama pun makin dikenali. In fact, dekat Gopeng, Ipoh, Kampar, sampai taiping, nama D'sha Bridal dah dikenali tau. :) Aku sangat suka baju-baju kat D'sha Bridal ni. Sha pun orangnya peramah, dia nak yang terbaik untuk customer dia. siapa pulak yang nak terburuk kan? hahaha

Baju Sanding Lelaki & Perempuan (2 pasang)
2 set :
- keris
- tanjak
- veil
- kasut perempuan
- rantai
- aksesori lelaki
- bunga tangan

KOS : RM 800


Contact lens by Auralens PJ.
Lokasi : banyak tempat ada, tapi aku beli dari PJ.
No fon : 017 400 8394
Ig : AURALENS_PJ

cakap pasal contact lens, aku ni memang pakai lens. tapi bukan hari2. paling kerap seminggu sekali. kadang2 kalau ada event baru pakai. tapi auralens ni memang dah lama dah aku perati. cantik2 wei. pastu aku pun dah check tahap keselamatan auralens ni dengan kawan opto aku iaitu Asnida Rahim, dan dia mengesahkan lens ini selamat dipakai. aku particular pasal lens ni, ye la mata kot. karang salah pakai kau boleh buta.

sebab auralens ni cantik2 belaka, sampai rambang mata nak pilih. jadi aku pilih prada brown yang ada power lah of course, aku kan rabun wei. satu pair rm60 bagi yang ada power, aku beli dua pair sebab power mata lain-lain.

KOS : RM 120

Henna by Rose
Lokasi : Base in Gopeng, Perak
              (Instagram :
No fon : 016-544 0527

Pelukis henna aku ni bernama Ros. Dia ni masih lagi baru dalam dunia henna *pada masa aku kawen*, orangnya pun muda lagi. tapi walaupun masih baru, hasil kerja dia setanding yang dah bertapak lama. Apa yang best, korang Google je design henna yang macam mana korang nak, nanti dia buatkan. SEBIJIK! apa lagi, aku bukak la ig henna yang famous di kalangan retis-retis.

Yang paling penting aku tak perlu spend beratus-ratus untuk henna, sebab cousinku Emi telah menaja Henna aku. Thank you so much emi :) dan jugak Ros :p

KOS : By Emi (atas RM50, bawah RM100). mileage kalau jauh dia kira lain.
henna tapak tangan



henna belakang tapak tangan (sebelah dah cuci)


Korset / Girdle by irshop_idatimalek
ig : irshop_idatimalek
no fon : 017 -552 7072

eh.. hahaha..aku lah yang jual tu. pasal korset ni aku nak gitau dia tak panas, tak gatal. pakai 8 jam sehari secara konsisten, boleh turunkan berat wei! sangat best. percaya lah cakap aku. kalau nak boleh whatsapp aku untuk beli. check out IG aku untuk testimonial.

KOS : RM 120

Photographer majlis sebelah perempuan, by SaifullahBakri Photography.
Lokasi : Base di Ipoh, Perak.
No fon : Fatin 017-595 8427 (wife bro saiful)

Aku memang banyak hal sikit pasal bab-bab gambar ni. Sebab aku sendiri suka ambil gambar dan tengok hasil photography yang cantik, jadi aku particular pasal perkara ni.*ceh* 6 bulan aku survey pasal photography - of course aku nak hasil yang hebat, tapi masih jimat. (wakakaka!) tengok tu betapa mak neneknya perangai aku. serius. jadi aku telah menyetalk beberapa ig & fb photographer yang aku teliti hasilnya. kebetulan REZEKI masa tu ternampak SaifullahBakri buat offer untuk events coming up next, yahoo! laju-laju aku meng'whatsapp nombor yang diberi. Kak Fatin yang membalas dengan ramah mesra sekali, terus aku booking untuk tarikh majlis aku. syukurrr.

KOS : RM 1400 (pakej diskaun yang asalnya RM 1480, dia bagi diskaun lagi horey)


SANGAT CANTIK SHOT DIAAAA WEIII!!!!

I highly suggest you to hire SaifulBakri as your photographer!

Makeup belah majlis belah lelaki by Izan Bridal (Nashua Baharuddin) :
Lokasi : Bukit Gambir, Johor
Ig : nashuabaharuddin
No fon : 019 - 769 2002

Pada mulanya aku dah pergi ke Bukit Gambir untuk test baju pengantin semua. tapi sebab aku pergi awal sangat (bulan 11), padahal nak kawen bulan 1. mak andam takut aku tergemuk ke terkurus ke. hahaha. dia suruh datang balik pada bulan 1. so terpaksa cancel dengan Izan Bridal, sebab aku gi fitting kat Ipoh je.so tinggal makeup je ambil dengan dia. sorry sangat Izan. T.T

then pasal mekap yang dibuat ni sangat lah bertahan hingga ke petang dan cantik.
aku rekemen pada korang yang majlis di area bukit gambir tu boleh lah ambil kat sini.

KOS : RM 250

Spa by sepa pengantin dekat kelang (bukan nama sebenar)

Aku bukan nak burukkan orang. tapi tak best langsung, dia home spa. ok lah fine kalau jenis suka home spa. tapi treatment home spa ni bagi aku overprice. plus spa therapist hanya ada seorang je nak kena attend 3 customer at one time. seriously? aku boleh dapat real spa treatment with the same price dan lagi memuaskan hati. spa ni dah la scary gila. arahan semua dekat dinding je. apa salahnya bagitau. kau masuk dalam tu berdebar2 macam nak kena bunuh rasanya. therapist pun garang, siap cakap "jiwa aku tak tenang". well, a night before memang aku ada mental breakdown, so aku pergi spa dengan harapan jadi lagi tenang BUT NO!  aku pun taktau kenapa aku agree nak ke sini from the first place. Banyak iklan dia dalam FB tau. dan aku tengok banyak likers.

Kos : RM 150 untuk 2 hours treatment (but actually 2 hours tu adelah masa dia nak ulang alik dari customer lain kepada ko)

so total kos would be RM8200+. yang ni aku tolak catering. dan actually banyak lagi caj2 tersembunyi yang lain macam khemah tambahan, kerusi meja dewan, hantaran.

i think total cost is RM 25k campur belah lelaki sekali. or maybe add 2 or 3k lagi.

itu je sharing aku. tolong jangan anggap ini riak ke apa.tapi ni adalah kos yang biasa aku dengar dari pelbagai orang.

again, kepada bakal2 pengantin, selamat bakal menjadi pengantin k.

5 C.O.M.M.E.N.T.S:

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

Bagi yang tinggal kawasan ipoh,gopeng, kampar boleh jadikan ini sebagai rujukan. Tak perlu nak cari-cari lagi dah.

Jobdirumah Buat Duit said... [Reply]

Meriah majlisnya. Selamat berbahagia.

OhPanduan said... [Reply]

Kat gopeng ni ada tempat mandi best. Ramai juga yang bergambar lepas kahwin kat situ. Cantik.

LovelySuri said... [Reply]

Baju akad nikah RM 100. That's really cheap Idati. Ke tu harga upah jahit je?

idati said... [Reply]

@LovelySuri

hihihi..tu upah jahit la.
baju akad RM250 (sepasang kain lelaki dan perempuan)

upah jahit asing2.lelaki punya lagi murah la..perempuan punya mahal sket la, banyak songeh sy punya design ni..hehehe