Do you like my blog?

Wednesday, January 13, 2016

Belajar dari kesilapan 1 : Homestay

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, January 13, 2016 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Jika korang perlukan tempahan tentang sesuatu sebagai contoh penginapan untuk program, keluarga dan sebagainya, tambahan untuk jumlah yang ramai, make sure you have this :

1) Confirm dates. Make sure you guys nampak nama sendiri or company you guys ditulis di booking book mereka atau sistem.
2) Insist on paying half advance or deposit.
3) Get the receipt!

have backup plan.




Monday, January 4, 2016

Fesyen Hijab Terkini Hijabista

THE TYPEWRITER : idati on Monday, January 04, 2016 4 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Hello guys! Mesti you guys wondering kenapa Hutan Kabut yang selalu berbawal Kangaroo itu mahu berkata tentang fesyen hijab pulak? Hihi. Pantai lagi kan berubah, inikan pulak si Hutan Kabut. 

Siapa sini sukaaa dengan fesyen-fesyen hijab sekarang? *me* namun begitu u’olls lihat sajalah fesyen tudung daku.sobsobsob. Jom tahu lebih lanjut tentang fesyen-fesyen hijabista terkini - 2016!

Umum mengetahui bahawa pemakaian hijab terkini amat berbeza dengan gaya pemakaian hijab yang terdahulu. Jika dulu, hampir semua rekaan hijab atau tudung adalah lebih ringkas dan gaya pemakaian juga adalah amat mudah. *sebagai contoh bawal ku itu*.

Namun, kini anda boleh lihat banyak rekaan tudung terbaru yang semakin complex serta gaya pemakaian hijab yang cukup kreatif dan unik. Pembaharuan dalam fesyen hijab ini bukanlah sesuatu yang tidak baik, malah perkembangan fesyen seumpama ini menunjukkan bahawa semakin ramai wanita yang bertudung dan industri fesyen Muslimah semakin diterima baik di negara kita. Walaupun terdapat beberapa rekaan yang terlalu pelik sehingga menjadi bahan jenaka para netizen, berikut merupakan beberapa fesyen hijab terkini para hijabista yang mudah digayakan dan juga kelihatan amat trendy; dan of course, boleh diikuti oleh kita-kita yang rakyat marhaen ini.

Lace Shawl
 Siapa sini gila lace?? Nampaknya fenomena lace bukan sahaja digunakan sebagai perincian baju kurung moden, sekarang juga dah ditambah pada rekaan shawl atau selendang untuk menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Pergh, makin hebat lace ni di mata penggemar fesyen sekarang!  


Satin Shawl
Haa... Yang ini, untuk penampilan yang lebih moden dan elegan pula, penggunaan satin shawl adalah pilihan yang paling terbaik. 

Instant Shawl
Mengalami kerumitan dan kesukaran untuk membelit-belit shawl sendiri? Jangan risau sebab sekarang dah ada instant shawl. Ia adalah fesyen tudung yang mula menjadi fenomena dikalangan wanita bertudung di tanah air akhir-akhir ini. Rekaan instant shawl yang sememangnya praktikal dan mudah dipakai ini menjadi pilihan semua wanita khususnya mereka yang bekerjaya. Sebab apa? Sebab mudah & pantas, tetapi masih elegan.


Hood Shawl
Yang ini pula fesyen yang dikatakan Evergreen. Rekaan tudung hood shawl ini menjadi pilihan ramai wanita zaman berzaman. Ia amat sesuai untuk digayakan apabila ingin menghadiri majlis-majlis yang istimewa. Sesiapa pun sesuai menggayakan rekaan ini.

Jadi guys, apa tunggu lagi? Jom dapatkan tudung-tudung fesyen hijabista ini, hari ini jugaaa!!!!!