Do you like my blog?

Saturday, January 14, 2017

I'm pregnant :)

THE TYPEWRITER : idati on Saturday, January 14, 2017 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post

Assalamualaikum..

Yuhuu guys.

Aku rasa macam 2016 aku sangat,sangat kurang update entri. By the way,happy new year 2017! Bapak lambat gila.

banyak sangat pembaharuan dalam hidup ni yang buat aku rasa takde kesempatan nak update. Isnin-Jumaat kerja. weekend kemas rumah (kantoi kemas umah seminggu sekali kan kahkahkah), kalau tak pun nak balik kampung. Dapat pulak dah ada 2 kampung sekarang wei (kalau korang lupa, aku dah kawen 31 Januari 2016 yang lepas - dah setahun dah wei). Double lagi suami yang suka balik kampung. kenduri lagi merata. kalau tak gi kenduri pun kitorang memang kaki jalan. hahaha. so kesimpulannya memang tak sempat nak update entri.kalau ada pun recycle draft2 entri je.

Dalam bulan 5 2016 macam tu aku macam start tak berapa sihat, tak berapa larat, segalanya tak lah senang cerita. Rasa marah dengan diri sendiri pun ada tau.
Aku yang suka makan,makan,makan ni pun tak nak makan. Asyik muntah. Asyik pening kepala. Dan for my own sake, aku pun beli Urine Pregnancy Test (UPT) dekat guardian - atas suggestion Wan jugak. oh, jangan ingat aku beli yang jenama clearblue. bapak mahal (bapak kedekut). aku beli yg standard 2 line tu je baru RM7 camtu lah. so google-google lah macam mana nak guna ni. sebab aku pun ingat2 lupa bila the best time guna UPT ni. (dulu pernah dengar orang cakap tapi macam lupa).ade je yg orang jual 1 strip rm1,cuba lah cari kat IG. Boleh beli bebanyak dan test sampai lah puas hati.

so untuk guna UPT test ni, guna urine (air kencing) pertama pada waktu subuh (masa korang bangun subuh tu, kompem gi kencing kan). so guna urine yang tu. sebab pada waktu tu kandungan HCG dalam urine tengah tinggi (kalau pregnant), so senang nak detect. jangan lah guna urine masa tengahari ke, senja ke. bukan tak boleh, cuma kurang efektif.kalau masih awal2 preggy pun kadang2 UPT masih tak dapat detect.ada yg line muncul kabur2 tapi itu masih positif.

jadi esoknya aku pun test. dan alhamdulillah, 2 line merah telah muncul tanpa kabur...syukur ke hadrat Ilahi.
aku terus gitau wan dia pun macam terkedu what. happy, nervous, blur. semua ada kat muka dia. ok lah ni 1st step kitorang berdua, memang tak tau nak react macam mana.even aku pon nak cakap excited sangat pun tak.aku blur weh blur. (Efek tak pernah ada adik kot)

oh masa tu kami memang tak bagitau sesapa. orang2 tua kata jangan nak excited sangat, kandungan masih baru. macam2 boleh jadi. tapi disebabkan time ni loya, mual, muntah aku sangat teruk (bukan takat morning sickness, tapi dah all day sickness fufufu), plus aku plak kerja bahagian training (that included team building lah kan) aku kena bagitau ofis.taknak karang jadi apa2,menyusahkan ofis pulak.

nak cari petua hilangkan morning sickness, tanya parents. semua orang pun kata takde cara. memang kena bear with it. aku gi klinik & farmasi dapatkan Veloxin pun, still ade sickness tu. dia memang takleh hilang cuma berkurang je. bayangkan masa aku kena ni, masa tu bulan puasa, aku walaupun tak lalu makan, aku kena makan. kalau tak lagi loya. time ni actually banyak menangis.
banyak sebab.

1. aku tak lagi suka makan walaupun makanan feveret aku T.T
2. aku tak enjoy gi jalan2
3. aku tak larat gi kerja, gi kerja pun macam zombie
4. tak larat puasa
5. tak larat masak
6. tak larat buat kerja rumah
7. takde mood
8. aku tak boleh nak teman wan naik R25 dia yang baru keluar seiring dengan pregnancy ini.

boleh katakan early pregnancy aku stress sebab fizikal aku rasa tak kuat. muntah, muntah,muntah dan muntah. aku nak ambil unpaid leave sebulan, tapi bos tak bagi. sebab takut terus berhenti apa? hahahah ewah perasan lak. sebab nanti banyak nak guna duit la...dapat lak aku baru jugak lah kan kawen.

Nasib lah bos aku sangat2 memahami,dia bagi kelonggaran untuk aku masuk lewat.supposely aku masuk pukul 9am, awal pregnant aku masuk pukul 11am.
Haduii..jam jugak otak aku ni. Mana tak,start 4am aku dah bangun serta muntah berapa round.sampai dah takde isi dalam perut.lemah semua ni.muntah berlarutan sampai pukul 10am. In fact bila dah sampai ofis,pukul 2,3 petang pun muntah. Lepas maghrib pun.sebelum tido pun.all day long.hahahaha.

Sepanjang pregnant ni,aku suka sangat makeup. Sampai wan hadiahkan satu box makeup sempena birthday aku oktober lepas.hahaha. kalau cakap pasal skincare,pendek kata yang best2 semua aku nak. Nasib tak teringin SK II bagai.hahaha.

Fasa yang dilalui ni memang berbeza lah senang cerita. Macam ko gi kedai baju,baju comel2 murah gila tapiii - kau tak boleh beli sekarang.huwaa..kena pakai baju macam mak-mak. Tapi aku tak beli baju2 maternity, sebab sebelum preggy pun memang suka pakai baju longgar2.so masih muat. Jimat kat situ.

Tentang persediaan menyambut baby - ni part yang aku suka.balik kampung,berjalan sana sini.mak mentua,mak sendiri masak macam2.pantang ada makanan yang disebut, mesti masakkan. Hahaha..xtau la baby ke aku yang nak makan; sebab aku pun memang suka makan.(time ni dah kurang muntah2 bila dah masuk 6,7 bulan, but still muntah2 lagi even sampai 9 bulan pun).

Cakap pasal shopping barang baby, aku dengan wan pergi ke baby expo kat midvalley akhir tahun 2016 tu. Banyak barang murah, tapi kami naik motor je nak elak jam. Bagus jugak,sebab kalau naik kereta mau aku borong semua. Tiap kali nak ambil barang siap fikir, ni keperluan atau kehendak. Jadi beli yang basic2 je masa kat expo. Aku listkan kat sini mana tau ada yang jenis blur2 macam aku kan nak buat panduan :
1. Baju NB 2 pasang
2. Barut 5 helai
3. Selimut baby 1
4. Diapers NB90 mamipoko 1
5. Bedung instant 1
6. Krim herbal tropika 1
7. Tropika baby wash,baby oil 1
8. Nursing bra 3
9. Disposable breast pad 1kotak
10. Vcool milk collecter 1
11. Enfamama 1

Lepas dari expo,ade kat tempat2 lain macam pasar tani shah alam,aeon dll yang aku beli barang tambahan :
1. Mitten and booties 2 pasang
2. Topi baby 1
3. Baju NB 2 pasang
4. Baju 6m above 2 pasang
5. Maternity pad 1
6. Botol susu tommee tippee 2
7. Berus botol
8. Towel baby 1

9.maternity pad 3

10. Wet tissue

11. Set bersalin nona roguy

12. Minyak pilis anugerah

Berkenaan dengan botol susu, aku memang buat research. Especially untuk newborn baby memang boleh berlaku nipple confusion ataupun taknak botol langsung esp kalau puting tu keras. Ada pelbagai jenama yang bagus yang offer breast-like teat yang mengurangkan kekonfiusan baby;
macam avent,nuk,tommee tippee,como tomo,pigeon dll. Aku pilih tommee tippee sebab berjaya cari harga yang affordable dan design pun comel. Puting dia ada number. Yg aku pakai sekarang slow flow khas untuk 0-3m, so takde lah baby tersedak ke apa.kalau tuang pun susu tak tercurah. Bila dah besar sikit,just tukar puting je ikut keperluan flow baby menyusu. Boleh refer pada kotak tommee tippee (kalau beli tommee tippee).

Untuk langkah penjimatan, korang boleh request free sample maternal milk kat website2 jenama susu. Dapat lah rasa pelbagai brand.
Diapers baby pun sama,boleh la korang (termasuk aku) yang blur2 pasal diapers ni cuba pelbagai jenama. So far mamipoko jugak best,tapi kopak jugak.60 sen 1 diapers hoi. Tapi nak murah2 sangat pun tak boleh,sbb NB sangat sensitif kulit dia.
Dengar jenama BOSOMI dari korea kualiti setanding mamypoko tapi lebih murah. Lepas ni aku nak try.hahaha.bosomi ni kena beli on9 je sebab kat store memang takde jual (buat masa ni).

Selain dari tu,actually ada banyak jugak benda yang kena get ready,tapi aku bertuah ada kakak2 yang dah ada anak. Mana2 yang dah dorang tak pakai dah,aku mintak je la.wahaha. contoh macam bawah :

1. Baby cradle (ada bantal sekali..)
2. Baby bouncer
3. Selimut tambahan
4. Lampin biasa
5. Sekotak mitten booties
6. Bedak (bersepah2 kat kg hahahah)

7.breast pump electric

Pastu aku nasihatkan jugak beli lah barang kat bawah ni :
1. Penyedut hingus (baby mudah infect selsema)
2. Thermometer (takut baby demam)..nak mudah beli je baby care kit set.semua lengkap.

Wah tetiba masuk topik keperluan baby.
By the way, aku ada banyak sangat benda nak share tapi masa nak menaip tu tak ada dan tau la aku suka menaip panjang2. Haih...tak feel taip pakai smartphone ni.nak kena laptop jugak baru feel.

Sesungguhnya pengalaman pregnant ni memang best.walaupun alahan,sakit2 badan.tapi perasaan tu sukar nak gambarkan tau. Boleh rasa baby gerak2 dalam perut. Kau wondering dia buat apa laa dalam perut..tertanya2 muka macam siapa.jantina apa (doc yg scan aku tak sure).aku beli barang2 semua universal je.bila lapar,kau makan dan bayangkan dia pun makan jugak.ada makanan yg dah lama kau teringin,tetiba dapat,terus baby dalam perut bergerak2 sebab tak sabar nak makan. Kau je boleh rasa benda tu,ayah dia tak boleh. Tapi ayah dia kena layankan jugak.

By the way entri aku ni tertinggal keretapi.aku dah pun selamat melahirkan seorang puteri pada 26 jan 2017 yang lepas. Hehe.

Nanti next entri aku akan share sikit pasal pengalaman manis & pahit kat hospital.

Thanks baca.moga bermanfaat.