Do you like my blog?

Wednesday, October 10, 2018

Cara buat passport anak di Mini UTC Keramat

THE TYPEWRITER : idati on Wednesday, October 10, 2018
Assalamualaikum.

Sempena nak ke Bali pada 16 Oct 2018 ni, aku dan Wan telah bawa Raudah ke UTC Keramat untuk buat passport.

Raudah umur 1 tahun 8 bulan sekarang.

Sebab hari tu balik kampung konon-konon nak buat dekat imigresen Muar, tapi aku tak tahu kena bawa sijil lahir anak dan orang pun ramai gila macam pergi haji. serious. masa ni hari bekerja di antara cuti. johor tak cuti masa ni.

so kami cancel, terus nak pergi UTC area KL je sebab sabtu ahad pun bukak. aku dulu buat IC kat UTC keramat tak ramai orang, so imigresen pun tak ramai.

kami pergi tu hari sabtu. orang ramai, tapi tak lah ramai sangat.
dalam MINI UTC Keramat bahagian imigresen

Langkah untuk buat passport di Mini UTC Keramat.

1 - Ambil nombor giliran di kaunter tengah UTC. (kaunter bulat).

DOKUMEN DIPERLUKAN :-
(i) Sijil lahir anak
(ii) IC ibu/ ayah
(iii) Salinan sijil lahir anak
(iv) Salinan IC ibu/ayah

2 - Ukur tinggi anak
Yang ini self service. Pengukur ketinggian anak ada di belah dalam imigresen sebelah kanan. Ia berwarna hijau. sementara tunggu giliran, sempat lah mengisi dulu.

3 - Tunggu giliran.
Untuk anak, akan ada kaunter khas. nombor pun lain dari orang dewasa. Jadi akan lebih cepat.

4 - Nombor dipanggil. Anak akan tangkap gambar.
Pastikan :
1. Anak pakai baju berwarna gelap
2. Rambut tak menutupi dahi
3. Jika rambut diikat, pastikan getah rambut TIDAK kelihatan bila dari depan gambar.
Contohnya anak ikat rambut dua..nampak getah dari depan.


5 - Tunggu nombor dipanggil untuk buat pembayaran di kaunter 1.

sumber : https://www.mysumber.com/pasport.html


6 - Tunggu 30 min - 1 jam. nanti nombor panggil semula.
kalau taknak tunggu kat situ pun takpe, 1 jam kemudian boleh datang terus kaunter 9 tanya passport dah siap atau belum.

sementara tunggu passport siap tu, boleh lah pergi makan2 dekat foodcourt dalam UTC atau baca buku dekat library. ada section untuk kanak-kanak jugak.
lepak dulu kat library.

sekian, harap membantu.







0 C.O.M.M.E.N.T.S: