Do you like my blog?

Thursday, November 14, 2019

.

THE TYPEWRITER : idati on Thursday, November 14, 2019 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tak tahu lah dari mana datangnya anxiety ni.

flashback. flashback. flashback.

hmmmmmm.

Monday, August 5, 2019

Koleksi Draf 8 : Teka Siapakah Manusia ini?

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, August 05, 2019 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
seorang kakak yang kedekut tetapi cubaan bersembunyi dengan perkataan 'jimat' berkata kepada aku.

"aku beli DSLR untuk ko, nanti aku kahwin, semua fotografer & videografer ko yang buat. lepas siap tu,ko bagi balik DSLR tu".

bijak bijak. bijak bijak. bijak bijak.

Koleksi Draf 7 : Menyumpah Serbanitas

THE TYPEWRITER : idati on Monday, August 05, 2019 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
kepala otak yang berdesing, kata aku.
entah kelam-kelamnya malam yang lepas aku tak sedar.
entah lebatnya hujan siang aku tak pasti.

lebih baik hidup dalam diri sendiri.
eh, mana boleh macam ini, kata serbanitas. aku bukan awkward agama macam label dalam blog cursing malay okay.
sometimes, the aggressive serbanitas make person like me scared.

aggressive yang aku ckp di sini, bukan merefer kepada muslimin yang berjuang, berjihad.
itu tak apa. aku sendiri tak mampu jadi sehebat mereka.

tapi yang aggressive hanya pada perkataan, dan bukan pada perbuatan.
sampai kadang-kadang kita tak sempat nak keluarkan pendapat sendiri.
dah dipotong.
tak tahu cerita sebenar, dah potong.


Koleksi Draf 6 : Fast Food Fast Fat

THE TYPEWRITER : Idati Malek on Monday, August 05, 2019 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
dulu masa tahun 2009, kira dunia awal alam UKM ni, muka pun macam ala-ala budak baru nak up. lepas kelas, merewang pegi TS la, Lowyat la. maklum la, zaman sekolah tak berpeluang nak buat kerja tu semua. zaman sekolah, lepas kelas, ada kelas lagi, lepas makan pun ada kelas, dan kelas seterusnya sampai lah tutup mata (baca : tido, bukan mati). asal ada masa terluang sempat je pergi merewang, masa 1st year pulak rasa duit macam woah banyak gila. maklum la tak pernah pegang duit banyak. kaya bebenor rasanya. asyik bedal fast-food je bila duk KL, sebab fast-food lagi murah dari kat Mamak. dan akibatnya terjadilah fast fat. menyesal kemudian pun tak guna.

Koleksi Draf 4 : Hidup Sebagai Penganggur Pathetic

THE TYPEWRITER : idati on Monday, August 05, 2019 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
tadi petang aku memang sumpah tak ada kerja. semalam betty mesej aku, 'esok kau free?'.
aku fikir dia mahu karaoke, aku lompat-lompat dalam kepala. walaupun tak rasa mampu pun nak karaoke time-time macam ni. karaoke jamban pun tak mampu. apa ketahian ini?



Koleksi Draf 3 : Angan-angan Pekerjaan

THE TYPEWRITER : idati on Monday, August 05, 2019 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Hai, di sini aku sebagai tahap kakak yang telah bergraduasi dari UKM pada tahun 2013, ingin menasihatkan adik-adik yang baru habis pengajian atau di final year atau semester, carilah kerja awal-awal. Jangan terlalu memilih.
Aku juga pernah berada di tempat korang. Bajet nanti habis university, terus kerja hebat. Gaji 2500 sebulan minimum selayaknya budak degree dapat. Pergh kalau company offer 1500 jangan pi la, fikir dulu, nanti tak cukup nak sara hidup. Iye la, mana nak cukup. Cukup syarat 3 bulan slip gaji terus nak angkat kereta baru wei tak main la saga, nak beetles. Pastu hujung tahun kawin grand2. Duit mana cekau? Eh, bank la apa lagi. *bukan semua* personal loan masa nak ambik memang banyak janji manis.
Apa ciri2 dream job korang?

1) Gaji kurang2 RM3500
2) Bos baik
3) Tempat kerja depan rumah
4) Flexible hour (boleh masuk lewat sikit)
5) Office hour saja
6) Cuti sabtu ahad
7) Tak perlu ot banyak2
8) Annual bonus banyak
9) Benefits banyak
10) Kereta dan rumah disediakan
11) Elaun minyak diberikan
12) Rehat panjang
13) Senang cuti
14) Ada bilik sendiri, boleh buat hal sendiri or mengulat
Err…benda ni semua tak wujud okey? TAK WUJUD! Kalau wujud

Koleksi Draf 2

THE TYPEWRITER : idati on Monday, August 05, 2019 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
sudah masuk hari Sabtu, jam sudah pukul 3/02 am. di luar sedang hujan lebat. beberapa hari ini asyik panas. eloklah. semalam aku hampir mati direbus dalam bilik sauna. terlalu hiperbola.

teringat aku memori masa pesta buku antarabangsa hari tu.

Koleksi Draf 1

THE TYPEWRITER : idati on Monday, August 05, 2019 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
rasa awkward bila nak kenalkan kat orang "ni tunang aku..", "aku tunang dia.."

hey serious awkward. so, what do we do?


"ini awek aku..."
"ini wan..bf aku.."

macam tu je.

Monday, July 22, 2019

Pertama kali wei

THE TYPEWRITER : idati on Monday, July 22, 2019 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Semalam aku bawak motor along pergi kerja. Balik petang tu hujan lebat gila. Pqa yang nak tumpang aku balik, terpaksa la buat baju hujan dari plastik sampah. HAHA

Dari Damansara Perdana nak ke Ara Damansara, akan lalu BHP dan Shell. Masalahnnya dekat BHP kena masuk dalam untuk bayar. Dah la hujan basah2. So kami decide nak isi dekat Shell Surian.

Sampai je, eh,..system down. Minyak dah la macam nak habis. Aku tak pandai nak agak minyak motor ni. So, aku rasa macam banyak lagi. Boleh pergi Ara dan isi dekat Petronas on the way balik ke Kota Damansara.

On the way ke rumah Pqa lagi dah motor macam tersengguk. Tak boleh nak laju. Aku ingatkan sebab hujan lebat sangat, air masuk enjin ke apa (noob). Lepas hantar pqa aku pun balik la..

Tapi pelik motor tak mau laju.

Elok je lepas traffic light, mati terus motor.

Penuh bangla duk tengok, aku buat-buat tunggu membe tepi jalan.

WEI FIRST TIME TERSADAI SEBAB MINYAK MOTOR HABIS TEPI JALAN.HAHAHAH.

Mujur wan cuti hari ni. Setelah dekat sejam, datang lah dia dengan sebotol minyak sambil membebel2.

Sekian, pengajarannya isi je lah minyak bila rasa minyak dah nak habis. Firasat hati bukan selalu betul. Padan muka aku.

Tuesday, July 16, 2019

Kisah Pampers Murah tapi BEST!

THE TYPEWRITER : idati on Tuesday, July 16, 2019 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Salam, selamat pagi guys.

Sebagai seorang ibu yang ada anak, mestilah kita nakkan yang terbaik, walaupun dari segi pampers yang nak diletak tadah ehem-ehem. hahaha.

Dulu masa anak aku masih dalam pantang, aku belikan dia pampers Mamypoko dan juga BOSOMI yang diimport dari Korea. (Sebelum tu ada try Drypers dan Huggies, memang tak sesuai. Mungkin baby sensitif)



Memang best sangat dua-dua pampers ni. Bosomi lebih kurang macam Mamypoko, tapi lebih murah. Pendek kata memang affordable la di zaman yang terpalit tahi ekonomi ni hahaha.

Tapi sebab agent dia macam jauh dan limited, aku bertukar ke pampers Tesco Love Baby (TLB). Pun pampers ni mampumilik dengan kualiti dia yang bagus. Aku seronok la untuk setahun dua.

Tiba-tiba, tahun lepas TLB rebranding jadi Fred & Flo, harga naik RM1, tapi kualiti makin merudum.

Jadi, aku start cari balik BOSOMI yang best tu..Yang menyedihkan agent tu dah tak jual bosomi. Aku siap cari ke HQ yang bertanggungjawab membawa Bosomi masuk ke Malaysia.
Dan mereka kata BOSOMI tu dah tak ambil, sebab harga dah mahal. Sama level dengan Mamypoko. Pendek kata dah tak mampu milik untuk orang macam aku.

TAPI!!

Mereka perkenalkan aku dengan pampers murah, yang juga dari KOREA ni. Mula-mula aku macam skeptikal sikit. Ye lah, mak-mak memang kuat skeptikal.

Tapi sebab murah (RM23 atau RM25 je satu bag), aku pun ok lah try lah.
(Tapi aku beli 4 bag terus masa ni wakaka).

Pakai-pakai, eh best pulak. Mula-mula beli, nampak macam nipis, aku siap rasa..lepas ni tak yah beli kot. Tapi bila pakai, NOT BAD! Tak padan dengan harga!
Tu lah, pandangan pertama juga sesekali menipu. PAMPERS KOREA NI BEST GILA KOT!

Jadi aku nak lah memborong dengan banyak, buat stok di rumah. Sebab aku malas sangat-sangat nak turun naik (rumah tingkat 4 takde lif), beli pampers.

Tapi HQ tu bagi peluang untuk aku borong banyak-banyak macam nak meniaga. Aku mula-mula rasa perlu ke. Tapi suami cakap, apa salahnya aku berkongsi kegembiraan ni dengan mak-mak semua. Pampers best tapi murah kot. HAHA.

So, here u go. PAMPERS VIRAL MURAH DARI KOREA !!





Size dan jumlah :
S - 50pcs
M - 50pcs
L - 46pcs
XL - 42pcs

RM 23 SAHAJA !
RM 23 SAHAJA !
RM 23 SAHAJA !
RM 23 SAHAJA !


Klik je whatsapp untuk order :
Beli di Kota Damansara, Selangor (Idati): www.wasap.my/60175527072/lampinkorea
Beli di Gopeng, Perak (Yuya/ Fatin) : www.wasap.my/60137981123/lampinkorea

Jom beli sekarang jugak!

Monday, July 8, 2019

Trip Pendek ke Pulau Pangkor 2019

THE TYPEWRITER : idati on Monday, July 08, 2019 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Salam Isnin semua.

Kali ni aku nak berkongsi trip pendek aku ke Pulau Pangkor untuk kali kedua. Yang pertama dulu di sini.

Aku panggil ni trip Retreat & Recharge. Ewah.

Aku decide untuk ke Pangkor ni last minit jugak. Nak gi Pangkor ni tak renyah sangat. Tiket feri pun tak mahal.

Jadi, 2D1N kami di pangkor kami spend yang basic :

1. Tiket feri Lumut - Pangkor (RM14 duahala x 2 dewasa)  = RM 28
    *bawah 4 tahun percuma
2. Coral Bay Resort 1 malam  = RM 178 (RM200+)
    *Free buffet breakfast
    *Booking melalui apps booking.com..supposely takyah add apa2, tapi hotel ni suruh bayar
      tax 16% lagi  Macam total RM200+ jugak. (Yg ni tak puas hati sebab selalunya booking.com
     display harga siap tax dah. Next time kena baca bebetul dia include atau exclude tax)
     *Aku bagi rate 3/5
3. Sewa motor 2 hari = RM50
    *Kak Naiemah sewa motor pangkor 0175698172
      Orang Pangkor. Baik dan ramah sangat. Dia siap bagi recommendation tempat makan
      dan juga tunjukkan jalan ke hotel. Boleh whatsapp dia untuk booking motor. Ada
      skuter ada moto gear. Pilih lah.

Total basic = RM278+

Selain tu kami bawa RM500 untuk makan dan beli souvenir. Tak habis pun.

Kali ni aku memang takde ambil apa-apa pakej menyelam ke snorkelling ke, sebab aku pergi nak relax. Nak hilangkan kusut kepala.(bukan rambut kusut wei)

Jadi, aktiviti kami memang makan, jalan-jalan, tengok pemandangan, lepak-lepak, tangkap gambar. Serious indahnya hidup.

Dapat plak kami pegi 2 hari sebelum puasa. Tenang gila Pangkor. Tak ramai orang. Makan pun tak pack.



















Tips kalau malam2 balik dari tepi pantai dengan anak kecik, sebelum masuk bilik hotel, basah2kan badan dia dengan air luar (air pool) dulu..pastu masuk bilik baru mandi hot shower. Nak elak demam sebab kena angin laut. Thanks tips dari Pak Mulya, pakej dari Bali.







Masjid terapung Pangkor ni adalah ikon baru pangkor. Cantik sangat..





Hasil laut pangkor PAK SU. Ni hasil laut muslim bumiputra yaaa.. Bila makan tak gatal2, serta rasa yakin. Sedap pulak tuuu...Wajib beli di sini guys.2x kami pegi sini. pasal yang beli first tu Raudah gaduh makan. Tak kira kena ragut dengan monyet lagi masa kami naik motor. HAHA










Okay itu saja sekian. Pangkor ni pulau kecil je. Kalau korang just nak relax, makan makanan tempatan yang bukan hipster, bukan nak kejar night life, ini lah tempatnya!

Selamat berjalan ke Pangkor guys :)

Tuesday, July 2, 2019

2019

THE TYPEWRITER : idati on Tuesday, July 02, 2019 0 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Tahun ni adalah tahun yang memberi impak, satu turning point yang besar buat aku.
Aku rasa aku dah di puncak, yang sudah sedia untuk buat lompatan ke puncak yang lebih tinggi lagi. Untuk mengejar cita-cita sendiri.

Tapi rupanya, daripada melompat, rupanya aku tersungkur.

Air mata...rasa gelisah..rasa tak berguna. Sebut je. Rasa macam hidup ni tak adil je.

Aku percaya setiap yang terjadi ni ada hikmahnya. Doakan lah aku terus kuat. Terus rajin berusaha untuk memperoleh rezeki yang halal.


Monday, July 1, 2019

Percutian Bali 2018 dengan Partay Clan

THE TYPEWRITER : idati on Monday, July 01, 2019 1 C.O.M.M.E.N.T.S Links to this post
Salam. Hey semua!

Ni trip tahun lepas just nak update, sebab rupa-rupanya aku terlupa. Sekarang free sikit aku baru update.

BELI TIKET FLIGHT KE BALI
Okay, trip ni dirancang around Mac ke May 2018 entah, masa tu MAS buat promosi tiket 50%.
Sebelum tu lagi aku dalam fasa berangan nak pegi ke Bali, acah-acah bawah cahaya matahari bawah pantai gitu pakai flowy skirt. Sebab masing-masing macam stress kerja.

Masa ni sendu betul, AirAsia takde buat sales. Harga kemain yahudi.

Tapi nak dikatakan rezeki, tiba-tiba MAS buat offer! 50% pulak tu. Yahoo!

Alhamdulillah, dapatlah kami tiket 16 - 19 Oktober 2018 ke BALI, INDONESIA. RM 399 return, 30kg luggage and meals.

Kami pergi 8 Dewasa, 1 infant (raudah setahun lebih masa ni tiket 20% dari harga kami).

MASALAH BOOKING TIKET SEBAB NAMA PANJANG
Ya, masalah ni jadi bila aku cuba nak booking tiket Raudah. Padahal nama dia tak la panjang mana pun. Jadi aku setelkan je 8 tiket dewasa tadi dulu siap payment pakai debit card, booking online je dekat apps MAS.
Lepas tu aku call customer service MAS, explain situasi dan mintak dia booking kan tiket untuk Raudah.

So dia boleh je pendekkan nama penuh Nurul Raudah Binti Mohamad Ridwan kepada NurulRaudah MohamadRidwan.

Buang space dan binti. Setel!

BOOKING PAKEJ TRAVEL

Ni kira percutian kedua aku ke Indonesia, selepas honeymoon di Lombok dulu.

Pakej kami berharga RM550 per pax.
Ground package :
- 4D3N hotel & breakfast, di Euphoria Hotel
- Transportation (Van)
- Supir
- Travel guide yang mesra lagi berpengetahuan
- Full itinerary disediakan, tak perlu pening-pening nak pergi mana dan ke mana
- lunch & dinner sepanjang percutian, dari keluar airport sampai masuk balik airport

So, bagi famili aku, bertiga cuma bayar
RM1100 (pakej ground) + (RM399 x 2)Tiket dewasa + RM84 (Tiket infant) = RM 1982.
Ferrr...murahhh wei.

Jika anda berminat untuk pakej ground berbaloi ini, just whatsapp aku untuk pakej ni. 0175527072

atau klik bawah ni,
www.wasap.my/60175527072/PakejBali

by the way, tiket aku tak jual okay. Just ground package je. :)

HALANGAN.
By the way, tiba-tiba sepanjang 2018 banyak sangat tragedi bencana alam dekat Indonesia. Hal di Sulawesi gempa bumi dan tsunami. Lombok tiba-tiba gempa bumi (Lombok betul2 sebelah Bali), padahal sebelum ni Lombok tak pernah mengalami gempa bumi.

Kami siap ada plan nak cancel ke Bali. aku tak keruan. lagi seminggu nak fly, berita gempa dekat2 surabaya. Jauh tak jauh, tapi Bali rasa gegaran. Kecut je rasa.

Tapi gegaran tu bagi dorang macam benda biasa pulak. Orang Malaysia gegar2 ni dah panik.

Aku siap plan kami cancel dan pergi percutian dalam Malaysia je. HAHAHA. mujur Wan rasional lalu menyelamatkan keadaan dengan menenangkan aku.


KENA TARBIAH
Lepas kena tarbiah dengan Wan, aku akur. Aku siap buat solat hajat untuk keselamatan. Siap pesan kawan2, jangan tinggal solat. Jaga solat masa kat sana. Eh macam la aku tak pergi.
Dekat hp masing2 ada install apps alert untuk gempa bumi. Hp aku je ada 2,3 apps.

INSURANS
Insurans ni aku dah ambil lama sebelum berita gempa tu lagi. Tak mahal pun insurans tu tapi aku tak ingat pulak. Korang boleh la google AXA travel insurance. Takut lah kan terjadi apa-apa. Mintak simpang.

JADI PERGI! YEY!

HARI PERTAMA - 16 OKTOBER 2019
Flight kami pukul 9 am macam tu. Pukul 4 am lagi aku dah gerakkan Raudah ajak mandi. Kami dari Kota Damansara.
Nasib baik raudah ni jenis tak banyak hal ikut je. Lepas mandi tu dia macam terkebil-kebil.
Pagi tu aku dah book grab advance untuk ke KLIA pukul 5am. Masa ni GRAB masih ada advance booking, tak tau kenapa dah takde. Mungkin banyak yang booking dan cancel sesuka hati sekaligus menyusahkan driver kot.

Masa dalam perjalanan tiba-tiba ada orang call aku. Eh, sapa plak la call pagi2 buta ni?
Rupa-rupanya staff MAS call nak tanya dah dalam perjalanan ke?
Hahaha.. Dasyat laa. Kalau AA lantak kau la tertinggal flight ke tak.

Ticket aku dah mobile check in untuk semua.
Dah print pon. Lepas tu jumpa kiosk, print lagi pass.
Berangan nak boarding pass keras, yang keluarnya keras sikit dari A4.
kemain seronok haa nak berjalan

Aku booking seat yang depan bassinet (untuk Raudah), tapi taktau la mana bassinet nya.
Sampai ke sudah tak nampak rupa bassinet. Kempunan Partay Clan nak tengok rupa bassinet tu. hehe
in-flight meals kami

kau ada nampak bassinet? Takde kan?


Kami sampai bali dalam 12.30 pm macam tu la. Sampai-sampai je, kemain bergambar sana-sini. Padahal dalam airport lagi, belum keluar.
Sampai2 terus bergambar kome



Sampai dekat entrance, tu dia ramainya yang menyambut guests. Mujur mata aku dapat spot nama sendiri yang diprint atas kertas dan jugak muka Pak Mulya base on gambar dalam FB.

Kami disambut baik oleh Pak Mulya dan supir, Eddie.

Macam tau-tau je kami ni lapar (padahal ada in-flight meals). Tapi biasalah kami mana tau kenyang.

WONG SOLO BALI
Kami terus dibawa ke Wong Solo Bali. Aku mula-mula macam, ala Wong Solo ni kat KL pun ada. Tapi sekali rasa, amekkaw. Jauh weh beza sedap dia. Bukan aku nak cakap Wong Solo KL tak sedap, tapi yang Bali version is at another level.




So highly recommended makan kat sini. Surau pun ada, sebab pemiliknya Muslim.
ada surau kat sini.. surau campur


TANAH LOT BALI
Destinasi pertama kami selepas makan adalah ke Tanah Lot Bali. Kat sini view memang serius cantik. Ada binaan kuil di tepi pantai. Masa ni ada upacara sembahyang Hindu, jadi agak crowded. Tapi still boleh enjoy the view. Kami lepas sini sampai sunset. Sunset dalam pukul 6 pm gitu.


ala2 gi honeymoon gituu




dalam bag tu ada printer weiii...canggih!


Lepas je tengok sunset di Tanah Lot, kami pergi makan lagi. Makan dinner plak la wei. Malam ni kami makan Nasi Padang gituu. Macam aku cakap la, kat Malaysia pun ada nasi padang. Tapi tetap tak sama dengan kat sini. I mean, different taste in a good way :)



CHECK IN EUPHORIA HOTEL BALI
Lepas kenyang makan, kami dibawa untuk check in di hotel. Hotel ni hotel baru. Walaupun tak besar, tapi cantik dan selesa. Pagi memang ada buffet breakfast.





HARI KEDUA - 17 OKTOBER 2018
TG BENOA BEACH
Kami dibawa untuk aktiviti air dulu di Bali. Sebelum ke Bali lagi aku dah target nak cuba Sea Walker dengan Parasailing. Harga aku dah view siap2. So memang mampu milik la. Eh mampu main. Main aktiviti air ni caj dia excluded dari RM550 untuk full pakej.

Tapi bila sampai ke Tg Benoa, harga jadi kaw-kaw mahal. Taktau la nak cekik ke apa? Tapi serius mahal. Seawalker tu saja dah RM200 kot padahal kalau kat website less than RM100.
Semua tak jadi pergi seawalker kecuali aku dengan Wan yang batak. Haha.

Parasailing pun RM100+, pergi ke Turtle Island RM70. Tapi mahal2 pun aku main jugak. Alang2 dah sampai tempat orang kan.

Aku suggest sebelum pergi sana, book online dulu dan pastikan tiada additional charge bila dah sampai sana. Sebab kau duduk2 saja pun ramai yang approach nak tolong kau tangkap kan gambar untuk aktiviti dengan caj IDR 200k = RM60.

Tangkap gambar je kot?
How I miss Malaysia. Cuit bahu orang atau bagi salam, Bang, boleh tolong tangkap kan gambar?
Kat sana kau jangan buat main. Semuanya duit. Dapat plak muka kau jenis blur-blur senang dirayu. HAHA.

Nasib baik la 3 aktiviti ni memang worth it. Cuma opah ada tragedi hampir dibelit ular. Lepas tu pengalaman aku pegi seawalker ni, dia allocate 30 minit. Tapi aku rasa dada aku sempit bila lama-lama kat bawah. Jadi aku mintak naik awal. Takut lemas. Haha.

Seawalker yang mahal tu



naik bot nak pegi main parasailing. bukan main gembira kanak2 ribena ni semua
get ready nak naik. cuak2 ayam masa ni
nampak tak gigi aku.HAHAHA
naik bertiga pun boleh. tapi tak tinggi sangat la jadinya
tengok la kemain seronok muka masing2 haaa. priceless wei muka memasing. WAKAKA
agaknya tak mampu terbang tinggi. KAHKAH
next nak pergi ke turtle island. Raudah baru bangun masa ni
macam kembar kan.
heran aku penyu boleh bawak pegang2 gini.
rumah penyu.


sebelum tragedi oktober hahahaha
gittew

NASI AYAM IBU OKI
Tengahari ni kami dibawa makan di kedai Nasi Ayam Ibu Oki. Jangan kau bayangkan Nasi Ayam yang kau paham. Sebab bukan. HAHA. Pedas wei makanan sini. Slack nya style sini memang takde kids menu. Kau kena pandai-pandai alter apa anak kau nak makan. Mujur anak dah ada gigi. Buatnya masih makan puree, tak ke naya aku nak mengangkut periuk sana-sini?
ni lah makanannya ..sedapp..tapi pedas gila. yang macam sate tu, nama dia sate lilit
bukan ibu oki.haha

PANTAI PANDAWA
Okay. Siapa excited nak tengok lautan hindi? AKU!! Haha. Ya allah bila sampai, cantiknya subhanallah.

Luas. Ombak dia cantik.. Pasir pun cantik. Everything perfect. The view is breathtaking wei. Apa lagi kau nak. Tapi kami kat sini sekejap je. Ambil-ambil gambar dan tukar baju semua. Sepatutnya lepas ni kami ke Uluwatu Temple nak tengok tarian Kecak pukul 6 pm (masa maghrib wei). Tapi sebab lambat, kami tak jadi pergi sana. Mujur jugak tak sempat pergi sebab lepas aku tengok video kecak dance tu, dah macam pemujaan apa. Time maghrib pulak tu. Bawak anak lagi...mujur jugakk.



kedai2 yang ada area pantai pandawa

oppps...kerusi2 ni kalau nak duduk kena bayar sebenarnya

nampak tak kitorangg??

MASJID
Dekat Bali ni, masjid tak banyak macam kat Lombok. Sebab Bali ni pulau 1000 kuih, Lombok pulau 1000 masjid. Jadi bila ada tu rare la. Yang peliknya, masjid, gereja duk sebelah2 je dalam satu kawasan. Tak pelik, tapi rare. Heheh.

ni berenti kejapp dekat entrance before masjid sebab nak tangkap gambar. Masa ni terlepas nak ke ULUWATU TEMPLE tengok Kecak Dance. kitorang yang lambat sebenarnya.

PANTAI JIMBARAN
Ni salah satu must-visit-place dekat Bali untuk makan malam. Sebab view dan pengalamannya sangat best. Makan dekat tepi pantai ala-ala candle light dinner. Hari ni pulak merupakan birthday aku iaitu 17 Oktober 2018. Aku dah request siap-siap nak kek dekat Pak Mulya.

Dan yang tragik, Wan tak ingat pun hari ni birthday aku. HAHA

It's okay. Aku faham.

Tapi aku still terkejut jugak, sebab ada buskers jimbaran yang nyanyikan lagu birthday yang sangat best untuk aku. Aku tak pernah dapat lagu birthday best macam ni. Serious.

Terima kasih, buskers. Aku lupa nama buskers ni.

Lupa review makanan. Sini makan seafood. Sedap wei!




ni la lagu birthday versi busker tuuu..best wei.



ni pulak lagu2 yg kami request :








HARI KETIGA - 18 OKTOBER 2018
BATUBULAN VILLAGE
Pagi ni kami ke BatuBulan village dulu untuk tengok Tarian Barong. Ni salah satu tarian tradisional yang ada dekat Bali. It's a good experience. Korang berpeluang tangkap gambar dengan kostum Barong jugak lepas habis show.







BATIK
Next kami ke kedai yang menjual produk Batik. Quite pricey kedai ni.
Oh ya aku tak beli apa-apa sebab aku rasa mahal. heheh.






COFFEE PLANTATIONS
Bali terkenal dengan Kopi Luwak. Dekat sini korang berpeluang nak tengok musang yang dibela. Dan paling best, korang akan dihidangkan sample kopi dan coklat yang ada sambil menikmati view gunung. Cuma kalau nak minum Kopi Luwak je korang kena bayar, sebab dia mahal sket. Tapi takde lah mahal sangat. Kopi dia rasa strong gilaa. Melekat dalam tekak rasanya.
Coklat paling rare adalah coklat cili. Rasa macam dicili-cili mulut tu. HEHEH

Korang boleh beli kopi Bali dan coklat dekat sini dengan harga yang affordable.

ni lah dia coffee percuma. minum sikit sorang





tengah minum kopi luwak
depan kedai jual coklat dan kopi

KINTAMANI VOLCANO
Makan tengahari kami disajikan dengan makan buffet mengadap gunung berapi Batur. Hahaha. Jangan risau dia tak meletus time ni. View memang gila-gila punya cantik. Kawasan pulak sejuk. Ya Allah tak terkata cantiknya tu. Masa ni relax sangat. Makan pun tenang.

aku lagi lebar dari signage hahaha

ni lah view makan tengahari kami menghadap Gunung Batur..perghhhhhhh sejukk gila bhaii









TEGALLALANG RICE TERRACE
Ini tempat yang wajib pergi ni kalau ke BALI. dia macam kalau ke cameron, kau wajib lah tengok ladang teh sg palas yang luas nak mampus tu. Ni adalah padi yang ditanam bertingkat2 untuk tujuan komersial. Macam biasa nak naik buaian kena bayar. Tapi kau boleh tawar menawar. Dan sedia lah untuk dihayun.

budak kecik ni boleh tido pulak masa sampai sini.


Haa kau sampai 3 orang nak hayun kami. Wakakak. Kalau sorang mau buasir.
Aku cuak gak sebenarnya ni..HAHA
korang tengok la tangan aku pegang kiri kanan tali.. tu maksudnya takut la tu..


turn Pqa dan Opah plak naik.
pasangan pengantin baru berbackground kan manusia yang dihayun di belakang.HAHA

dah sama tinggi dengan pokok kelapa aku tengok ni.
camtu lah jalan naik dan turun dia. Mohon berhati2. sebab Farid dah terpeleot serta terseliuh. Leka duk record la kot.Heheh


eh eh comeynye makcik ni. kening pun dah hilang.
3 daripada ahli Partay

CELUK VILLAGES
Kemudian kami pergi ke Celuk Villages untuk melihat penghasilan emas dan silver. Dan ya, korang boleh shopping di sini.
comel gila karpet. eh anjing. hehe

seronok nya dia berlari2.
korang nampak tak struggle itu?


AYAM BETUTU
Makan malam kami hari ni adalah Ayam Betutu. Kau dapat nasi putih dengan ayam lemak masak pedas (seperti masak lemak yang tiada santan). Pedas gila sampai luruh gigi. Tapi sedap. Dan ya, takde makanan yang sesuai dengan budak kecik.
ayam Betutu di Bali
AGUNG MALL
Makan malam memang dah dalam mall ni. So, kami teruskan bershopping. Tempat ni highly recommended korang nak cari souvenir macam baju dan makanan semua. Mall kan. Lebih teratur. Ada fitting room. Ada toilet. Boleh la membeli pelbagai benda nak bawak balik. Tutup pukul 10 pm.

ya tohan. muka memasing

SPA
Disebabkan kami semua ni penat gila, kami pergi ke Spa depan hotel. Actually dalam Euphoria sendiri ada Spa, tapi sebab kami balik dah lewat, so dah tutup. SPA yang kami pergi ni dah murah, lepas tu ada diskaun lagi. Nak menangis rasanya seronok sangat. Dah la staff dia semua friendly.
Highly recommended.

budak ni pun ikut. HAHA



HARI KEEMPAT - 19 OKTOBER 2018
Hari ni dah hari last wei. Pagi ni lepas breakfast kami siap2 checkout.

ULUN DANU BERATAN, BEDUGUL
Tempat ni agak jauh sebenanya dari Kuta Bali. Rasa macam pergi penang balik hari dari KL jauhnya. Eh yeke?
Ni tempat yang wajib lawat. Significant place in Bali lah senang cerita.
Macam biasa kat sini kami tangkap gambar macam apa. Kami tangkap gambar official dengan photographer yang boleh terus print gambar kat sini. Dalam beg DSLR ada printer wei. Kagum aku.
Tak mahal sangat la. Tapi aku tak ingat berapa.








baju khas kami buat nak g Bali nih




Lunch kami hari ni dekat ulun danu jugak. Makan buffet. Tapi hari ni aku tak larat nak makan nasik dah.






Dan aku sempat grab bag rotan Bali yg tengah trending tu. hihi. Lepas tu taktau nak pakai ke mana wei.

AIRPORT TRANSFER
So, selepas setel mini shopping di Ulun Danu, kami bergerak la terus ke airport Ngurah Rai. Lepas babai2 Pak Mulya dan Eddie, kami pun masuk airport.



lekluu minum kopi luuu


alhamdulillah. dari kiri Eddie (supir), abu, pak mulya (tour guide kami), wan


Sampai sana awal lagi la. Flight kami pukul 7 lebih macam tu. So, selesai drop baggage kami sempat minum-minum kopi dulu. Ramai orang dekat airport masa ni. Tapi masa bila je lah kan tak ramai orang ? Haha..

TENTANG BALI YANG KORANG KENA TAU
1. Makanan khas Bali adalah Babi Guling. Babi is everywhere. Ini bukan mencarut. Babi adalah makanan. Jangan lah kau buat lawak mencarut pakai ni. It's not proper okay, Malaysian.



2. Semua tempat ada Pura (kuil). Walaupun kedai makan muslim, dia ada binaan Pura. Sebab ia lambang Bali.
3. Di mana-mana ada persembahan (barang makan,etc) yang diletakkan di merata tempat. Jadi, jangan lah korang main pijak-pijak pulak okey. It's not proper.
4. Nak tangkap gambar dekat tempat ikonik macam buaian tegalalang, sarang burung dan sebagainya tu kena bayar. Boleh tawar menawar. Tapi jangan lah sampai bergaduh.
5. Dekat Bali awal sejam. Jadi pukul 6 am dah terang. Subuh gajah dah tu. Pastikan bangun awal untuk Subuh. Pukul 6pm tu maghrib. Plan your solat jamak wisely.
6. Tips makanan halal adalah kau pergi dengan tour guide yang tahu kedai halal, atau kau makan kedai masakan padang, ayam taliwang Lombok, wong solo. Atau yang depan ada logo halal. Jangan lah kau sembarangan okay. Apatah lagi membeli satey di tepi jalan tiada berlogo apa-apa. Wan hampir nak beli satey babi. Adoi.

Tu jelah setakat ni. Ada apa-apa aku tambah.

Selamat tinggal, Bali.



Terima lah full video kami di BALI, INDONESIA :::