Do you like my blog?

Thursday, April 4, 2019

Trip ke Universal Studio Singapore 2019

THE TYPEWRITER : idati on Thursday, April 04, 2019
Hi guys,

Kembali lagi dengan sharing tips dan pengalaman ke Universal Studio Singapore (USS) tahun 2019 ini.

Apa yang anda perlu anda ambil port sebelum pergi ke trip ini adalah :

1. Beli tiket Universal Studio Singapore (USS) - Booking awal atau Walk-In?

Booking awal lebih convenience dan murah.
Walk in lebih mahal dan perlu beratur panjang especially hari yang busy seperti hujung minggu dan cuti umum.

Harga Walk in (Rate semasa SGD 1 = RM 3.02) :
Adult (Age 13-59) - SGD79              = RM 238.58
Child (Age 4-12) - SGD59                = RM 178.18
Senior (Age 60 and above) - SGD41 = RM 123.82

Booking murah boleh cari ejen yang jual tiket taman tema dan pelancongan.
Contohnya sub-sub ejen atau Travelgo atau Klook dan sebagainya.
Aku beli awal jadi harga RM 199 per pax dari cousin aku ejen di bawah syarikat Fantabulous.
Kalau promosi boleh sampai RM129 per pax.

Tiket dapat pada 9.30 pagi hari yang sama nak ke USS tu.
Jadi nya kenalah ada roaming data, sebab dia send E ticket pakai whatsapp.

Berminat whatsapp Syera 0129783022.

2. Transport? Public atau driving?

Kami pilih BAS EXPRESS ke USS.
Park and Ride dari Tune Hotel JB ke USS.
Tiket pergi balik = RM 35 / pax.
*Parking kereta percuma.

Kelebihan naik bas direct :
1. Mudah untuk first timer.
2. Ada guide terangkan kat mana nak turun dan tunggu semasa proses imigresen. Juga masa sampai dan masa balik dari USS.
3. Tak renyah cari tempat parking.
4. Dorang bagi white card, boleh isi siap-siap.

Ni nombor : Khai (Company Oddsy Enterprise) : 010-4083991
*By the way dorang ada pakej penuh jugak untuk transport + tiket USS. Just whatsapp and ask ok.

Jangan lupa bawak passport masing2 okay.

3. Proses Imigresen
Masuk ke Singapore :

Untuk masuk ke Singapore, ada 2x imigresen. Pertama kena turun di imigresen Malaysia untuk scan passport (boleh lalu autogate).. Then naik balik bas seberang tambak johor. Turun pula di imigresen singapore.
*Imi Singapore ni kena cop passport masa pergi (yang pakai white card kena lalu kaunter manual, tak boleh yang auto gate). Juga kena scan badan serta luggage (kalau ada) macam dekat airport tu.

Lepas setel dari imigresen ni, naik balik bas (yang mana dia akan inform dia tunggu di mana), straight je pergi ke USS. ada dalam 30 min, boleh lah nak tido ke nak berangan.

Keluar dari Singapore :
Sama macam proses masuk tadi. Akan ada 2x imigresen yang kena dilalui.
Kali ni lalu imigresen Singapore, boleh pilih nak cop passport di kaunter manual atau scan di autogate sahaja.

Imigresen Malaysia, scan passport sahaja.

Then, naik balik bas, terus dihantar ke checkpoint naik tadi di Tune Hotel JB.
naik bas la ni.

4. Universal Studio Singapore

Yayy. Dah sampai. Tapi jangan lupa bas akan pickup balik tempat yang sama jam 5.45 pm.

Untuk pengetahuan, USS dibuka jam 10 am. Masa tu ramai yang beratur macam tak sabar2, macam la masuk cepat boleh terbang. HAHA. Aku pun sekali lah tu.
Ramai kan manusia..Q nak masuk lah ni.

Jadi korang yg dah ada tiket tu, tenang je. Tenang is good. Nak beli universal express tu, kat dalam pun boleh beli dekat kedai-kedai yang ada jual or staff USS.
Sementara tunggu pintu bukak tu, korang tangkap gambar sini. A must have picture. memang ramai orang nak tangkap gambar sini.
haa..comel kan aku. haha

Share sikit :
Universal Express ni adalah pass halal untuk korang cut Q atau memotong line yg panjang. Korang boleh acah2 VVIP cut semua orang. Rasa macam jahat, tapi okey je.

1. Universal Express Pass normal boleh cut Q untuk naik *ride SEKALI SAHAJA = SGD 40/ RM120
2. Universal Express Pass Unlimited boleh cut Q untuk naik *ride UNLIMITED = SGD 70 / RM210

Semua ride boleh cut kecuali yang dia listkan tu "Not valid....".

So, ikut korang lah. Aku ambil yang normal je. Rasa nak naik lebih dari sekali, aku Q biasa je selepas aku habis pusing 1 USS.

Sebelum masuk ke dalam tu, korang ambillah pamplet USS yg disediakan tu sebagai guide.

pamplet macam ni, jangan lupa ambik.dekat pintu masuk.
Jalan USS ni dia macam donut..so korang pusing je, sampai la tempat yang sama balik.
Kalau korang bawak kanak2, ikut belah kiri dulu. Game semua acah2 je.
Kalau korang tak sabar2 nak adventure, pergi belah kanan dulu.. Start dengan Transformers (roller coaster berapa D entah, tapi memang best).
bukan transformer ni tau yg kena naik, ni tangkap gambar je. kalau yg ni korang naik, mau kena azan kat situ.kahkah.

Lepas tu adalah roller coaster yang aku tak sabar2 nak naik iaitu roller coaster di Battlestar Galactica. Ada 2 jenis, iaitu Human (ada tempat letak kaki) dan Cyclone (kaki tergantung). Tapi bagi aku dua-dua pun kaki tergantung. KAHKAH.

Best la dua2 ni. Laju dan exciting.
Tapi aku tak rasa dia menghentikan jantung aku seteruk Solero Genting dan kapal besar dekat Sunway Lagoon. Jantung rasa terhenti pun aku repeat dalam 4,5x jugak.

Sampai Wan suruh aku naik jet pejuang untuk memuaskan hati aku.

By the way locker bag ada disediakan kat tepi tempat naik Human tu. dalam 45 min pertama tu percuma.

Saja nak cakap, Wan muntah teruk naik dua benda ni. Siap sejuk tangan masa nak naik. Aku ingatkan dia main-main cakap tangan dia sejuk (takut) masa tengah beratur tu. Tapi mengenangkan bini dia yang tak sabar nak naik roller coaster, dia ikutkan jugak.

Oh ya, berkenaan dengan SHOW dalam USS 2019, korang kena take note show pukul berapa. Aku malas nak kejar show, sebab aku prefer game. Yang bawak anak2, sesuai pergi ke show, menarik jugak. Aku ada lah sempat tengok 2,3 show.

Makanan halal pulak, korang kena refer pada pamplet yang ambil tadi, dia ada label makanan halal dekat kedai yang mana. Kalau yang label vege tu tak semestinya halal guys.

Aku pilih untuk pergi ke Oasis Spice Restaurant, dekat area Ancient Egypt. sebab wan nak makan nasik, dia dah muntah teruk2, perut dah kosong.

SGD 15 (RM45) untuk 1 set Beriyani Ayam. SGD 7(RM 21)  untuk slush mango (boleh refill dengan harga
SGD 5 (RM 25) di dalam USS). Boleh tahan rasanya.
Next, Ancient Egypt.


nak masuk roller coaster ancient egypt plak.

Wan komen "Apasal semua roller coaster je sini?"
aku hanya mampu "HAHAHAHAHAHA". dan kemudian dia termuntah2 lagi.

Next, Jurassic Park.

Dalam ni kitorang naik bot yang pusing2 kat air tu. Memang basah. Dinasihatkan pakai lah Rain Coat . Bawak sendiri lagi bagus. Kami tak beli..tapi tengah beratur tu duk perati orang lain dah basah2 kuyup. HAHA. Tetiba ada satu couple melayu bagi kami raincoat dorang yg dah guna, sebab dorang cakap "ambiklah ni...memang basah nanti". Thanks korang.
Tapi lepas kami, dia tak bagi pass ke orang lain, atas dasar hygiene katanya. Cakaplah nanti raincoat korang tak laku.hahah

By the way, banyak gambar ride tak dapat tangkap. Sebab banyak restricted camera, dan wan pun takde mood dah asik termuntah2. aku je seronok sorang2.



Next, kita pergi ke Far Far Away...Ala, cerita shrek tu.



Tengok show shrek berapa D entah.. haha..best!



Area cari souvenir. Ada banyak kedai
Sebelum balik tangkap lagi. HAHAHA
The Forbidden Land.. Bak kata Nasdaily .HAHA.

Ok lah. itu saja. BYE. Assalamualaikum.

0 C.O.M.M.E.N.T.S: