Do you like my blog?

Sunday, February 13, 2022

Jangan Dekati Kami

THE TYPEWRITER : idati on Sunday, February 13, 2022 0 C.O.M.M.E.N.T.S
Assalamualaikum.

sekadar menulis untuk meluahkan apa yang terkusut di benak hati aku.

nak cerita panjang lebar merisaukan. cukuplah dengan cerita ringkas ini.

Aku tak faham kenapa ada orang nak mengamalkan ilmu yang salah dengan tujuan perubatan. Lepas tu makan diri sendiri dan kena 'buang barang' ke orang lain yang tak bersalah.

dan orang lain pulak yang sakit, orang yang tak bersalah yang terseksa. tanpa tau kenapa. 


sakit rasanya bila tahu. semoga semua ini cepat berlalu dan jangan ganggu keluarga dan kawan2 kami lagi. 

Tuesday, August 10, 2021

Selamat Jalan buat Rakan

THE TYPEWRITER : idati on Tuesday, August 10, 2021 0 C.O.M.M.E.N.T.S

 Semalam dapat perkhabaran dukacita, classmate aku semasa di KMPP telah pun dijemput Ilahi, di pagi akhir tahun baru Hijrah.

 Al Fatihah untuk arwah Syafiqah Abdullah. 
Asbab kepergiannya adalah perjuangan melawan breast cancer yang sudah merebak ke tulang belakang dalam tempoh yang singkat.
Beliau telah pun melalui beberapa series chemotherapy, tetapi Allah SWT mahu memetik 'bunga' yang paling cantik di tamanNya dahulu.

Semoga Allah memeluk keluargamu yang masih di dunia ini dan mengesat kesedihan mereka atas pemergianmu ke alam yang abadi.


Baik, matang dan positif.
That's how I will always remember you.




Friday, August 6, 2021

PART 1 : Review Brand & Keselesaan Kain Baju Baby

THE TYPEWRITER : idati on Friday, August 06, 2021 0 C.O.M.M.E.N.T.S

 Salam Pandemik. 

Masa dalam pandemik ni ramai susah nak beli baju baby. Sebab aku tengok kawan-kawan ramai juga yang resah sebab semuanya pembelian online. Bagi yang dah berpengalaman pilih baju baby, rasanya dah tak ada masalah. 


Tapi bagi ibu kali pertama, mungkin ada sedikit kekeliruan untuk memilih baju jenama dan jenis apa yang selesa. Susah juga bagi kita ibu pertama kali nak pilih baju secara online. selain dari design dan harga, kita juga mesti lah nak tau kan kain yang macam mana sedap?



Jadi aku just list kan apa yang aku rasa je. Totally personal opinion je. Harap membantu.

Dan aku bukan pakar juga ya. Dan barang-barang ni adalah jenama yang affordable.  


Review Brand & Keselesaan Kain : 

1. Fiffy/miffy - kebanyakan lembut, kain tahan tak cepat kedut² atau kuning, harga mampumilik -beli kat kedai fiffy lagi murah dari beli kat mall ade jenama Fiffy

2. Pureen - Kalau yang base warna putih jenis cepat kedut sikit, untuk maintain cantik baju kena rajin iron (kalau rajin laπŸ˜…) Baju berwarna dia okey boleh tahan best. Baju newborn Raudah masih cantik untuk Hanna.
Baju berlubang pureen terutama yg berwarna² tu rasa macam ada kasar sikit(sikit je tak banyak pun). Harga pun affordable.

3. Baby Kiko - memang best tak payah cakap,warna dan kualiti tahan boleh turunkan kat anak² seterusnya. tinggal pilih apa design berkenan je. nak murah tunggu masa clearance offer memang kaw² best borong. Sehelai baju yang harga rm39 boleh jual RM9 je. Seluar biasa RM60 pun jadi RM19. Gitu ehh (dasar kaki sales hahahaha)

4. Little concepts - lembut ok je, tp macam cepat berbulu (mungkin juga aku yang salah jaga).

5. Baby hippo - design cantik, harga affordable, kain sedap jugak, cuma baju jenis senteng sikit. Seluar labuh. Untuk tak obvious, aku selalu tuck in baju anak dalam seluar. So saiz 3-6m masih boleh dipakai oleh anak 10M.  

6. Mom's heart - my fav untuk baju jalan (atau acah-acah jalan, sebab sekarang covid kan?). Kain lembut gila rasa nak kunyah².selesa anak pakai. Selesa juga hati ibu. Harga kalau sales murah,tp nk beli sesekali takpe je walaupun tak ada sales.

7. Tenderly - best. Kain lembut. Kebanyakan Seluar n baju newborn jual asing bukan 1 set. Bagi aku yang marhaen ni, nak beli jenama ni banyak2 rasa parah sikit la. heheh

8. Kids tales ala² bonds sleepsuit - kualiti kain sedap tak panas, sizing ok. Come in handy sangat sekali zip siap.
Kalau beli yg utk umur dah start nak berdiri(7,9m) tu dinasihatkan jangan beli yang jenis sarung kaki terus attach ke baju. Nanti anak asek tergolek je πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ’†πŸ»‍♀️beli yg tak ada sarung kaki bersambung tu.
Kalau jenis rumah panas yang tak pasang aircond, jangan beli yang lengan panjang. Rasa macam panas sikit.

9. OKBB - yang ni tricky sikit, recommend kalau yang ni kena belek di kedai atau baca review kalau beli online. Kadang ada yang terasa sedikit kasar, kadang best gila macam mom's heart.

10. Poney - baju mahal sikit, tapi tahan lama & cantik. Biasa anak 1y ke atas rasa berbaloi sikit beli haha tp boleh je nak beli. Kalau pergi ke Genting Premium Outlet (GPO) boleh pergi kedai Poney. Situ kalau sales best oi. (Alasan nak berjalan hikhik)

11. Jbaby (Aeon) - Best juga. Tapi ada sesetengah material yang tak tahan lama, nak turunkan kat adik mcm tak best sbb cepat kuning. Kalau nk beli utk basahan okay je especially yg murah. Yg mahal maybe okay boleh pakai long term. Tapi kualiti dia dari 2016 vs 2020 aku beli, sekarang kualiti dah bertambah baik. So boleh grab.

12. Disney - jenama macam best, tp kebanyakannya tak best. Kain cepat menipis, berbulu dan menguning. (again, mungkin aku yang tak reti jaga)

13. Anakku - okey lembut jugak. Lebih kurang fiffy. 

14. Sunsbaby - okay not bad. Harga pun affordable.

15. Bebe - Biasa-biasa

16. Bang on the door - Best. Untuk jalan cantik.

17. Tilam baby + bantal suka jenama Baby Love. Lembut & tahan lama. 
2nd baby aku beli jenama Sweet Heart yang harga lebih kurang, tapi turns out aku lagi suka jenama Baby Love.


Sekian, hanyalah personal opinion sahaja. Taste orang lain-lain kan?